Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
boyfriend

Tafsir Pesanan Teks Si Dia

Ada maksud tersembunyi di sebalik mesej yang si dia hantar. Cosmo sediakan panduan untuk kamu fahami makna sebenarnya.

 

boyfriend

 

“Ada apa-apa lagi you nak cerita?”

Maksudnya: Cukuplah bercerita tentang rutin seharian kamu. Penatnya dengar!

 

“Lama tak jumpa, apa khabar?”

Maksudnya: Adakah kamu masih single? Tolong balas pesanan ini dan katakan kamu masih belum berpunya.

 

“Jom jumpa?”

Maksudnya: Kawan sibuk dengan urusan masing-masing, jadi bolehlah ajak kamu keluar. Sekurang-kurangnya ada teman nak sembang.

 

“On the way now.”

Maksudnya: Cepat siap! Si dia tak larat tunggu kamu berdandan.

 

“Hai!”

Maksudnya: Terjumpa wanita cantik persis kamu, sebab itulah dia tiba-tiba teringatkan kamu.

 

Foto: INGimage

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor