Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Tafsir Personaliti Melalui Bentuk Gincu Pilihan Kamu

Dalam banyak-banyak bentuk gincu, mana satu yang menjadi pilihan kamu? Fikir betul-betul sebelum memilih kerana ia mendedahkan siapa diri kamu yang sebenarnya!

7 of 8
Use your ← → (arrow) keys to browse

7. Sharp Curved Top

Sewaktu kecil, kamu mudah jatuh hati dengan orang sekeliling — tabiat yang berlarutan hingga kamu menginjak dewasa. Kamu ada tons of love untuk diberi dan suka menolong orang. Kamu sangat kreatif, sesuatu yang bagus tapi kamu juga suka beri tekanan pada diri sendiri. Kamu suka semua jenis haiwan, tapi paling minat dengan kucing kerana ia manja, menyeronokkan dan setia — sifat yang juga ada dalam diri kamu.

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor