Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Tafsir Personaliti Melalui Bentuk Gincu Pilihan Kamu

Dalam banyak-banyak bentuk gincu, mana satu yang menjadi pilihan kamu? Fikir betul-betul sebelum memilih kerana ia mendedahkan siapa diri kamu yang sebenarnya!

6 of 8
Use your ← → (arrow) keys to browse

6. Sharp Angled Side

Bijak dan seksi, kamu memang mempunyai bakat semula jadi dalam bercanda — sifat yang dicemburui teman-temanmu. Bila bercuti, kamu lebih suka lakukan aktiviti unik daripada hanya bersantai di tepi kolam renang sepanjang hari. Ada yang menganggap kamu jenis berlagak dan egois, tapi kamu lebih tahu siapa diri kamu yang sebenarnya dan bangga dengan segala pencapaian kamu. Kamu sangat sangat hebat berkaroke!

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor