Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Tafsir Personaliti Melalui Bentuk Gincu Pilihan Kamu

Dalam banyak-banyak bentuk gincu, mana satu yang menjadi pilihan kamu? Fikir betul-betul sebelum memilih kerana ia mendedahkan siapa diri kamu yang sebenarnya!

3 of 8
Use your ← → (arrow) keys to browse

3. Rounded Smooth Tip

Ruang tamu adalah kawasan paling kamu gemari dalam rumah — kamu suka pastikannya kemas dan selesa untuk tetamu yang datang berkunjung. Menjaga keluarga adalah perkara paling penting dalam hidup kamu, tapi kamu juga gemar tonjolkan kreativiti melalui hobi seperti muzik, penulisan mahupun lukisan. Kemungkinan besar kamu tak pernah pun disaman JPJ atau polis!

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor