Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Tafsir Personaliti Melalui Bentuk Gincu Pilihan Kamu

Dalam banyak-banyak bentuk gincu, mana satu yang menjadi pilihan kamu? Fikir betul-betul sebelum memilih kerana ia mendedahkan siapa diri kamu yang sebenarnya!

2 of 8
Use your ← → (arrow) keys to browse

2. Flat Top

Orang selalu menggelar kamu sebagai insan paling lucu yang pernah mereka kenali, and they’re probably right — kamu seorang yang aktif, bijak dan kelakar; kombinasi hebat yang menjadikan kamu a natural charmer. Tapi ada kalanya kamu mudah berasa hampa ketika mesyuarat dan mudah bertikam lidah dengan mereka yang tidak sama pendapat denganmu, dan aspek inilah yang menjengkelkan orang tersayang dalam hidupmu. Kamu lebih suka menonton dokumentari berbanding filem, lebih-lebih lagi komedi romantik kerana kamu rasakan ia unreasonable.

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor