Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Tafsir Personaliti Melalui Bentuk Gincu Pilihan Kamu

Dalam banyak-banyak bentuk gincu, mana satu yang menjadi pilihan kamu? Fikir betul-betul sebelum memilih kerana ia mendedahkan siapa diri kamu yang sebenarnya!

Prev1 of 8
Use your ← → (arrow) keys to browse

1. Rounded Tip to a Point

Kamu dapati personaliti kamu agak polarizing: Orang sekeliling sama ada terlalu suka atau terlalu benci dengan kamu. Tapi ini langsung tak mengganggu fikiranmu kerana kamu bangga menjadi seorang yang berani meluahkan pendapat dan buah fikiran di depan sesiapa saja. Walaupun nampak intense dari segi luaran, tapi kamulah orang pertama yang akan hulurkan bantuan dan sokongan bila diperlukan oleh insan tersayang.

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor