Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
tafsir mimpi jejaka

Tafsir Mimpi Si Jejaka

Inilah dia lima jenis mimpi yang biasa dialami jejaka mengikut hasil kajian pengkaji di Kanada. Cosmo minta pakar huraikan makna di sebaliknya.

14808716_l

 

1. Seks

Jika dia mimpi berlaku curang dengan wanita lain, ini kerana dia tertarik dengan kualiti dalaman wanita tersebut, contohnya cita-citanya. Dan jika dia mimpi berasmara dengan seseorang yang tidak wujud, cuba beri tumpuan kepada butiran mimpinya. Itu sebenarnya adalah apa yang dia mahu lakukan dengan dirimu!

2. Dikejar

Dia rasa tertekan disebabkan sesuatu, tapi tak bermakna dia betul-betul sedang melarikan diri dari masalah yang dihadapinya. Si pengejar mungkin adalah simbol kepada sesuatu yang memberi motivasi kepadanya dan hanya menolaknya ke arah bertentangan.

3. Terjatuh

Dia rasa overwhelmed dan seperti berada di luar kawalan, sama ada di tempat kerja atau mengenai kehidupan peribadinya.

4. Belajar untuk ambil ujian

Mimpi sebegini lebih kerap dialami bila jejaka sudah tamat belajar dan baru memasuki alam pekerjaan, dan ini melambangkan kesempurnaan. Ia biasanya dialami oleh jejaka yang bercita-cita tinggi.

5. Terlambat ke majlis

Dia sebenarnya tidak kisah sampai lewat ke parti atau majlis. Namun dia berasakan dirinya agak ketinggalan berbanding orang lain dan ia buatkannya rasa sedikit tergugat.

Foto: 123rf.com

Kalau tak kenal nampak macam sombong, tapi bila dah kenal rupanya ‘gila-gila’ dan kaki sakat orang. A social butterfly in the concrete jungle that is Kuala Lumpur. Mudah bergaul dan sukakan cabaran serta hargai perbualan mendalam. Curious most of the time, sexy always. Put my best foot forward and is a perfect cocktail of Carrie and Samantha.

Love Expert