Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Tafsir Diri Lelaki Melalui Renungan Matanya

Mata dan renungan adalah bahagian paling penuh perasaan pada tubuh seorang lelaki. Dan selepas mengetahui strategi mudah ini untuk ‘membaca’ mengenai dirinya, kamu akan tahu apa yang dia sendiri sukar hendak luahkan.

1. “I tengah sedih”

Kebanyakan lelaki tak suka mengaku yang dia sedang bermasalah, tapi jika wajah si dia berkerut sekejap, itu petanda dia sedih atau kecewa. Perhatikan kerut yang terbentuk di atas hidungnya dan ia panjang sehingga ke sudut tepi matanya, juga bahagian kenng yang berkerut hingga menaikkan bahagian hujungnya.

Contohnya, jika si dia kata dia tak kisah jika dia tak dipanggil untuk wawancara kerja yang dia dah lama sasarkan, tapi kamu nampak wajahnya berkerut seketika, ini bermakna dia kecewa. Dari segi lain pula, jika dia mendakwa kecewa kerana tak dapat nak sertai makan malam dengan kawan-kawan kamu, tapi wajahnya maintain tenang saja, itu mungkin petunjuk yang dia sebenarnya menipumu.

 

2. “I love you”

Jejaka yang menulis dengan tangan kanan biasanya akan tunduk dan pandang ke kanan bila dia sedang merasai sesuatu yang mendalam, daripada cinta kepada rasa marah (jejaka kidal pula pandang ke bawah dan kiri). Laluan neural menyambung mata kita kepada otak. Hasilnya, mata kita akan memandang ke arah tertentu sebagai reaksi kepada maklumat yang otak sedang proses.

Bahagian kanan bawah mata dikaitkan dengan emosi juga sensasi sentuhan, seperti rasa sakit dan pleasure. Manusia biasanya mahukan sentuhan fizikal yang menenangkan hati apabila matanya memandang sebegini, ini kerana ia menunjukkan bahagian kinestetik pada tengah otak sedang dirangsang. Jadi, sentuh lengannya dan tanya jika semuanya okay.

 

3. “I tengah kelentong you ni”

Bayangkan ini: Si dia sedang bercerita mengenai pertemuan singkat dengan teman sekerja wanita dan kamu tanya jika mereka keluar minum. Bila dia jawab, “Mana ada,” perhatikan jika matanya tertutup sesaat dua. Aksi pejam mata yang penuh sangsi ini mungkin menunjukkan yang dia tidak bercerita sepenuhnya. Ia seakan-akan menunjukkan yang dia tak mampu pandang ke matamu sambil bercakap.

Jangan terus tuduhnya menipu sebelum kamu ada bukti kukuh ya. Dia mungkin jenis pejam mata lama secara tak natural kerana dia penat atau dia tak suka arah tuju perbualan kalian. Namun, jika jejaka kamu baru kenali itu pejam mata bila dia cakap akan telefon kamu, tak perlulah mengharap sangat.

 

4. “I want you”

Bila kamu tiba di sebuah parti dan sepasang mata sedang memandang ke arahmu dengan sebelah keningnya terangkat? He’s hot for you. Ia adalah petanda primal yang bermaksud, ‘I like what I see, jadi saya nak mata ini terus sentiasa terbuka untukmu.’ Jika kamu sedang dalam perhubungan, si dia mungkin mengangkat keningnya bila kamu kelihatan menawan atau sedang lakukan sesuatu yang seksi.

Kening terangkat juga boleh menunjukkan yang si dia menaruh minat pada seseorang. Jika teman-tapi-mesramu itu angkat kening bila dia melihat kamu, berkemungkinan dia ada perasaan padamu. Jika buah hati kamu angkat kening sekejap bila kawan kamu lalu depannya, berkemungkinan dia rasa she’s cute.

Foto: Nick Onken

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor