Surviving R. Kelly - Lady Gaga Juga Pernah Alami Penderaan Seksual
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Lady Gaga Perjelaskan Isu Tentang R. Kelly

Surviving R. Kelly – Lady Gaga Juga Pernah Alami Penderaan Seksual

Selepas berhadapan dengan tekanan untuk bercakap dan meminta maaf kerana bekerjasama dengan R. Kelly pada tahun 2013, Lady Gaga telah mengeluarkan satu kenyataan mengapa dia mencipta lagu tersebut dan betapa dia mempercayai wanita-wanita di dalam dokumentari Surviving R. Kelly. 

Image result for lady gaga r kelly

Minggu lalu, dokumentari tersebut mendedahkan banyak tuduhan terhadap R. Kelly yang didakwa melakukan gangguan seksual kepada beberapa perempuan bawah umur, tuduhan yang sebelum ini tidak dilayan oleh publik mahu pun orang terdekat dengan penyanyi R&B itu. R. Kelly menafikan kesemua tuduhan tersebut, tetapi polis telah melakukan sisatan melalui laporan dalam dokumentari itu, dan netizen membuat hashtag #MuteRKelly untuk mengecam kerjayanya.

Dokumentari ini seperti satu titik perubahan untuk keadilan, malah selebriti seperti John Legend dan Chance the Rapper juga dalam solidariti bersama wanita-wanita yang membuat dakwaan itu. Dream Hampton, penerbit dokumentari Surviving R. Kelly berkata dia mempelawa Lady Gaga untuk muncul di dalam dokumentari tersebut tetapi ditolak. Gaga dan R. Kelly mencipta lagu bersama Do What U Want untuk album Artpop, yang dikeluarkan pada tahun 2013.

Gaga akhirnya mengeluarkan satu kenyataan di Twitter.

“I stand behind these women 1000%, believe them, know they are suffering and in pain, and feel strongly that their voices should be heard and taken seriously,” jelasnya. “What I’m hearing about the allegations against R. Kelly is absolutely horrifying and indefensible.”

Prev1 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse

Image result for lady gaga r kelly

Saya seorang yang easy-going and make-up enthusiast. Saya obses dengan bronzer! Jika kamu nampak saya sedang ‘usha’ kamu di tempat awam, jangan risau – I’m just admiring your make-up. Saya juga pencinta haiwan lebih-lebih lagi kucing. Bila tidak menulis, saya suka tonton all my favorite series seperti Sex and The City dan Gossip Girl (duh, of course!).

Celebrity Stalker