Sungai Kadamaian Lokasi Water Rafting Terbaik!
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Sungai Kadamaian Lokasi Water Rafting Terbaik!

Water Rafting adalah antara aktiviti air paling popular untuk mereka yang sukakan sukan lasak. Jangan ingat ia mudah ya! #CosmoTeam telah melakukannya dan ternyata kamu perlukan kekuatan fizikal dan mental.

Ketika berkunjung ke Kota Kinabalu, Sabah bulan Mei lalu Cosmo mencuba pelbagai makanan tempatan, mengunjungi lokasi menarik termasuk melakukan aktiviti yang mencabar. Salah satunya adalah water rafting kerana di Sabah sendiri terdapat banyak sungai yang sesuai dengan aktiviti air.

Kebetulan kunjungan Cosmo ke Sabah ketika itu sedang berlansungnya pre-celebration untuk Pesta Kaamatan yang disambut dengan meriah sekali oleh pelbagai kaum di sana. Terima kasih kepada MMA Fighter, Ann Osman yang membawa Cosmo lepak di beberapa lokasi yang cool di Kota Kinabalu.

Banyak topik yang kami bualkan termasuk aktiviti water rafting dan kebetulan Ann sendiri menguruskan sebuah syarikat aktiviti lasak iaitu Xtreme Paddlers Borneo. Cosmo kemudian bertolak ke Sungai Kadamaian, Kota Belud keesokan harinya selepas dicabar oleh Ann untuk melakukannya. Okay, terus terang, Sungai Kadamaian berbaloi untuk kamu cuba aktiviti watwer rafting jika berkunjung ke Kota Kinabalu nanti.

Info Sungai Kadamaian

Sungai Kadamaian bertempat di sepanjang kaki gunung Kinabalu menyusur hingga ke perkampungan di Kota Belud. Kamu akan terpegun dengan kecantikan alam semulajadinya yang mendamaikan ketika mendayung pelampung dengan berlatar belakangkan puncak gunung Kinabalu.

Sepanjang 10 km jarak dari lokasi permulaan hingga ke akhir, ia adalah peringkat 1-2 dengan cabaran sederhana yang lebih relaks (tetapi masih juga deras aliran sungainya). Mengambil masa lebih kurang satu jam untuk ke garisan penamat, deras sungai ketika agak kuat dan tinggi kerana cuaca hujan. But we really had fun! Paling penting, tahap keselamatan yang sangat bagus dan kamu akan diberikan briefing oleh ahli yang profesional.

Profil Xtreme Paddlers Borneo

Xtreme Paddlers adalah syarikat pertama yang menguruskan aktiviti white water rafting di Sabah dan menampilkan tiga lokasi khas iaitu Kiulu White Water rafting di Tamparuli, Padas White water rafting di Tenom dan Kadamaian White water rafting di Kota Belud. Info lanjut di www.travelritetours.com

Fun, wacky and digital junkie. Kalau kamu suka melancong, I am the best travel buddy you will ever meet. Saya menulis semua topik tetapi hiburan dan muzik ialah forte saya. Tiga benda yang buatkan saya gembira – laut, katil yang empuk dan mashed potato.

Randomness