Sufian Suhaimi Terus Tular - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Sufian Suhaimi Terus Tular

Sufian Suhaimi Terus Tular

Selepas persembahannya di Anugerah Juara Lagu yang dikatakan meniru pelamin Elfira Loy, gambar bersama kekasih di atas katil pula tersebar. Okay, tolak tepi gosip negatif yang belum tentu benar, Cosmo minta Sufian berkongsi perjalanan hidupnya sepanjang bergelar anak seni.

Tidak Putus Asa

‘Diam-diam ubi berisi’, itulah peribahasa paling tepat untuk menggambarkan jejaka kelahiran Johor ini. Walaupun dilanda gosip
dan kontroversi sepanjang tahun 2018, siapa sangka dalam diam dia rupanya menyambung pengajian dalam Master in Communication. Oktober
tahun lalu, Sufian dengan bangganya berkongsi gambar konvokesyen dan
menyatakan ia adalah hadiah buat orang tuanya. Bagaimana Sufian imbangkan jadual padat kerjaya seni dengan pelajaran? “Saya hampir
putus asa dan mahu berhenti belajar sedangkan waktu itu saya berada di
tahun akhir pengajian. Keluarga adalah pendorong terbesar dan mereka yang menasihatkan saya agar teruskan. Bayangkan, saya ada sebulan saja lagi untuk hantar tesis tapi 20 peratus saja yang siap. Rasa tak sempat nak habiskan 80 peratus lagi. Hanya ibu bapa dalam fikiran saya. Saya tahu mereka letak harapan yang tinggi dan percaya saya takkan buat keputusan terburu-buru untuk berhenti belajar. Alhamdullilah, akhirnya Sarjana Komunikasi dalam tangan,” kongsinya dengan rasa bersyukur. “Saya mahu
beri kesedaran pada semua bahawa anak seni bukan tin kosong (tak semuanya) tapi versatil dan berpelajaran tinggi,” tambah Sufian lagi.

Masih Menyendiri

“Tolak tepi gosip cinta, tiada satu pun yang benar. Bukan itu saja, ada pula yang kaitkan saya dengan ramai wanita sedangkan saya tak pernah keluar dengan mereka,” luah Sufian. Bagaimana dengan gosip yang mengatakan
Sufian pernah berjanji temu dengan pasangan duetnya ketika ABPH tahun lalu? “Itu pun gosip dan saya tak pernah bertukar nombor telefon atau keluar dengan selebriti tersebut,” kongsinya sambil ketawa bila mengetahui gosip itu tersebar luas. Satu soalan yang terlintas di fikiran Cosmo: Jika Sufian diberi peluang untuk beri nasihat pada jejaka perihal cinta, apakah ia? “Jika kita mahu dilayan dengan baik dan dapat apa saja yang seorang jejaka impikan, layanilah wanita yang kalian cintai sebagai mana kamu mahu dilayan kembali,” jelasnya yang tak mahu lagi
dikaitkan langsung dengan bekas tunangnya.

Fokus Tahun Ini

Teringin juga nak tahu, apakah resolusi penyanyi ini? “Tak salahkan jika saya ketagih satu lagi single hit seperti Di Matamu?” jelasnya sambil ketawa. “Saya mahu sambutan hebat dan meninggalkan kesan seperti single tersebut.” Benarkah lagu tersebut merupakan cerita cinta lalu Sufian? “Tidak sama sekali kerana sudah lama saya merakamkan lagu tersebut. Cuma mungkin waktu single tersebut dihasilkan ia terlalu dekat dengan insiden kisah cinta lalu. Tahun ini saya mahu kembali dengan single terbaru. Tak lupa juga, satu anugerah sebagai penghargaan atas segala usaha saya. Walaupun tak berjaya membolot AJL, persembahan terbaik telah meninggalkan kesan cukup dalam di hati penduduk Malaysia.”

Tubuh saja genit, tapi suara saya satu dewan boleh dengar (macam tertelan speaker!). Seorang yang periang dan suka record diri sendiri memasak, sesuailah dengan column saya – Lifestylist. Lavish holiday is so me. Nampak macam manja tapi can get the job done. Saya kaki karaoke dan orang kata suara saya seperti Ning Baizura. When it comes to navigation, I am the best!

Lifestylist