Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
head to toe

Sudahkah Kamu Lakukan Pemeriksaan Head To Toe?

Bak kata supermodel Tyra Banks, kamu perlu kelihatan cantik from H-TO-H, Head To Toe! Cosmo beri kamu tip untuk lakukan pemeriksaan sendiri di tubuh kamu dengan segera. Manalah tahu jika ada penyakit tersembunyi.

 

head to toe

 

Payudara

Periksa payudara setiap bulan untuk lihat perubahan saiz, warna dan bentuk. Guna tangan kiri untuk periksa payudara kanan, dan sebaliknya. Tekan dari atas payudara, kemudian sedikit kuat bila bergerak ke bawah. Periksa dari bawah lengan ke lurah payudara, dan dari tulang bahu ke perut.

 

Kulit

  • Kulit yang tiba-tiba nampak pucat mungkin petanda anemia.
  • Lihat jika ada ruam pada lipatan tubuh seperti celah jari atau pelipat siku – ia mungkin petanda ekzema.
  • Jika ada ruam pada bahagian intim atau bawah lengan, ia mungkin jangkitan kuman.
  • Periksa tahi lalat kamu setiap enam bulan. Lihat jika ada perubahan atau freckles, dan turuti peraturan ABCDE – iaitu lihat perubahan pada asimetri, border (sempadan), color (warna), diameter dan elevation (adakah ia semakin timbul?). Jika kalau kamu perasan ia nampak semacam saja, terus berjumpa doktor okey.

 

Rambut

Adakah rambut nampak menipis? Jumpa doktor jika kamu perasan perubahan ketara. Dan jika kamu nampak lebih berbulu di seluruh tubuh daripada biasa, ia mungkin simptom polycystic ovarian syndrome (PCOS).

 

Kening

Jika bulu kening kamu menipis atau bahagian luar keningmu gugur, mungkin ia petanda masalah tiroid.

 

Mata

Bintik kuning pada mata atau lingkaran kuning pada iris adalah petanda kolesterol tinggi. Jika bahagian mata putih nampak kekuningan, periksa jika ada penyakit hati. Jika bahagian merah nampak pucat, kamu mungkin ada anemia.

 

Leher

Periksa jika ada bonjolan pada pangkal leher bahagian depan, ia mungkin petanda sakit tiroid.

 

Gigi

Bintik putih pada gigi tak perlu dirisaukan – ia secara umumnya bermakna kamu ambil banyak florida sewaktu kecil. Gusi pula sepatutnya rona merah jambu pucat. Jika ia merah, kamu mungkin tak memberus dengan betul. Periksa lidah juga – jika ia licin dan berkilat, kamu mungkin anaemic.

 

Kaki

Lihat jika ada perubahan pada urat darah. Jika ia timbul dan nampak ungu, mungkin ada yang ‘bengkak’. Ia mungkin tak berbahaya, tapi kamu boleh kurangkannya dengan memakai stoking sokongan (seperti Scholl) atau menurunkan berat badan (nak lebih baik – tanya terus pada doktor). Jika ia terasa sakit, memang wajarlah kamu ke klinik untuk memeriksanya.

 

Tangan Dan Kuku

  • Tapak tangan yang nampak sangat merah mungkin petanda masalah kulit yang dikenali sebagai palmar erythema, simptom penyakit hati.
  • Perubahan pada kuku juga penting. Jika bentuk separa bulan pada dasar kuku berubah bentuk, kamu mungkin kekurangan zat besi. Perhatikan jika ada garis mendatar pada kuku – ia mungkin petanda sakit kronik dan perlu diperiksa secepat mungkin.
  • Jika kuku kamu seakan ada lubang kecil seperti kulit oren, kamu mungkin ada masalah kulit iaitu
  • Jika kuku kamu seakan terkeluar dari dasarnya, kamu mungkin ada overactive thyroid.
  • Bintik putih pada kuku? Tak perlu risau – itu tanda trauma lampau. Tapi jika ada bintik hitam, itu mungkin petanda melanoma, jadi kenalah jumpa doktor ya.

 

Foto: 123rf.com

Fun, wacky and digital junkie. Kalau kamu suka melancong, I am the best travel buddy you will ever meet. Saya menulis semua topik tetapi hiburan dan muzik ialah forte saya. Tiga benda yang buatkan saya gembira – laut, katil yang empuk dan mashed potato.

Randomness