Sudah Lama Tak Bersenam? Cuba Trik Ini - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Sudah Lama Tak Bersenam? Cuba Trik Ini

Sudah Lama Tak Bersenam? Cuba Trik Ini

Bila kali terakhir kamu bersenam? Seminggu? Sebulan? Setahun lalu? Tak mengapa, belum terlambat untuk mulakannya semula. Cuba langkah mudah ini.

Sudah Lama Tak Bersenam? Cuba Trik Ini

Foto: Shutterstock.com

 

1. Take Baby Steps

Dulu memang kamu mampu berlari 10 pusingan keliling padang, tapi janganlah rasa kamu boleh terus lakukan yang serupa selepas tinggalkan rutin ini lama. Letak sasaran realistik seperti dua pusingan pada hari pertama. Kemudian tambah jumlahnya. Tentu boleh!

 

2. Salur Motivasi

Tampal nota kecil di tempat kamu selalu lihat (tepi komputer atau pintu peti ais) dengan kata-kata semangat seperti “Saya akan jadi lebih sihat dan bahagia. I can do it!” Barulah kamu akan jadi lebih positif.

 

3. Cuaca Jadi Dalang?

Jangan jadikannya alasan berterusan, memang sampai bila-bila pun kamu takkan buat. Buka YouTube dan layan video pilates atau senaman dalam bentuk tarian untuk dilakukan di rumah. Pasti lebih enjoy.

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor