Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
hamil

Stress Boleh Menyukarkan Kamu Untuk Hamil?

Akibatnya kepada kesuburan lebih teruk daripada apa yang kamu tahu.

hamil

 

Cuba untuk hamil boleh menjadi tekanan, dan ia tiada butang pause dalam hidup bila kamu sedia untuk menjadi ibu.

Kini, satu kajian yang diterbitkan dalam jurnal Annals of Epidemiology mendapati kebimbangan dan keresahan boleh membuatkan kamu lebih sukar untuk hamil. Apabila 400 wanita melaporkan tahap tekanan harian mereka di skala 1 hingga 4, semasa merekod data tambahan seperti berapa kerap mereka melalukan seks sepanjang 20 kitar sehingga mereka hamil, pengkaji mendapati wanita yang melaporkan paling tertekan sekitar ovulasi – satu-satunya masa dalam sebulan untuk hamil.

Kajian lain menyatakan terdapat 139 wanita hamil semasa tempoh kajian ini. Selepas ovulasi, tahap tekanan mereka naik mendadak, mungkin kerana perubahan hormon. Tekanan kehamilan datang sebelum tahu kamu hamil.

Walaupun pakar masih memikirkan bagaimana tekanan memberi kesan pada kesuburan, perkara yang paling teruk adalah biarkan saja ia menakutkan atau mengelirukan kamu. Tekanan yang begitu teruk bukanlah cara yang berkesan untuk mengawal kehamilan atau memberi tanda-tanda yang kamu hamil.

Perkara yang terbaik untuk kamu lakukan sekarang ini adalah mendengar nasihat dari penulis kajian yang mencadangkan semua orang perlu memberi perhatian terhadap faktor-faktor emosi dan fizikal apabila melibatkan kehamilan. Untuk wanita yang resah dan bimbang tentang kehamilan: Kamu harus bersenam, mengambil ubat, bercakap dengan pakar kesihatan mental atau buat apa saja yang boleh kamu rasa kurang tertekan sehingga kamu lulus ujian kehamilan.

 

Foto: 123rf.com/Artikel Asal: Elizabeth Narins

A woman who always smiles. And can be very scary if you drive her mad. Selalu percaya kepada prinsip, Execution Is King. Sedang obses ‘bikin’ badan sebab tiada yang lebih menggembirakan setiap wanita bila mereka tampil sihat dan ONS. Lepas dah cantik, inilah masanya ‘tayang’ dengan menggembara. Mahu terbang sebanyak negara yang mungkin kerana… life is an adventure! I agree to live life like there’s no tomorrow.

Editor