Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Spot Paling In Untuk Outdoor Meeting

Tak dinafikan, kadang rasa terkepam bila asyik mesyuarat di pejabat. Ada kalanya kamu perlukan ‘angin segar’ untuk kembangkan idea kreatif. Cosmo kongsikan spot terbaik untuk kamu adakan sesi perjumpaan formal di luar pejabat. Selain ruangnya yang selesa, makanannya juga sedap!

THREE LITTLE BIRDS COFFEE
D7, Jalan Sentul, Sentul, Kuala Lumpur/ WAKTU OPERASI: Setiap hari (8am – 11pm)

Konsep kafe dalam taman ini berjaya menambat hati pengunjung yang ingin bersantai sambil menikmati hidangan ringan yang menyelerakan. Memang sesuai sangat dijadikan spot untuk outdoor meeting, rasa tenang bila berada di sini sambil nikmati kopi bersama teman sepejabat. Kafe ini menyediakan menu western jika kamu ingin nikmati. Mix Vegetarian Spagetti sesuai untuk kamu yang tengah diet, bolehlah nikmati hidangan ini tanpa rasa bersalah. Jika mahu nikmati something heavy, apa kata kamu cuba Roast Chicken with Roast Bell & Potato Wedges yang dihidangkan bersama kentang wedges dan lada benggala panggang.

CLOVES RESTAURANT & CAFÉ
1-16, PV128, Jalan Genting Klang, Setapak, Kuala Lumpur / WAKTU OPERASI: Selasa hingga Ahad (12pm – 11pm)

Ada dua konsep makanan yang disajikan di sini iaitu hidangan barat dan tempatan. Cosmo pilih karipap putar ayam yang penuh intinya dengan kentang. Memang rangup tiap kali kamu makan. Rugi kalau tak cuba hidangan signature iaitu Mee Bandung Johor yang lengkap dengan dua ekor udang besar, tauhu, telur rebus dan sayur-sayuran. Bila hirup kuah mee bandung ini kamu terasa bagai berada di Johor kerana menu ini berasal dari selatan tanah air. Psstt, pes kuah Mee Bandung ini diperbuat daripada udang. Memang kick. Jangan lupa juga untuk cuba sajian barat, Cosmo pilih Short Ribs. Perapan kuah pada tulang rusuk ini memang istimewa. Dagingnya lembut sangat dan mudah dicarik. Kuah Short Ribs juga buat kamu rasa melayang sebentar di awangan. Paling best pengalaman di Cloves ini, harga makanannya cukup berbaloi. Suasana di sini cukup tenang untuk kamu dan team adakan perbincangan atau mesyuarat sambil menikmati makanan yang enak.

RESTORAN BROLLY
G-01, Menara Felda, Platinum Park, No. 11, Persiaran KLCC, Kuala Lumpur / WAKTU OPERASI: Setiap hari (11am – 11pm)

Pernah tak kamu makan Cencaluk Fried Chiken Wing? Cosmo tak nafikan ia sangat sedap! Tak nampak bayang cencaluk pun pada kulit ayam. Selain itu, kamu boleh cuba hidangan popular di sini iaitu Meat Crab Garlic Butter. Pada peminat masakan pedas, Cosmo syorkan kamu cuba hidangan ini. Berbaloi-baloi. Rasa bawang putih bersama mentega menjadikan hidangan ini berlemak tapi pedas, jadi tak muak. Cosmo berkesempatan mencuba hidangan pemanis mulut sebelum pulang iaitu Chunky Peanut Butter. Rasa rangup bila menikmati aiskrim ini kerana ada kekacang dalam setiap gigitan. Memang kenyang perut dan berpuas hati nikmati makanan di sini. Mengapa ia sesuai dijadikan spot outdoor meeting? Mestilah persekitaran menarik yang mencetuskan idea best ketika mesyuarat. Barulah kamu boleh digelar pekerja efisien!

Foto: Shutterstock.com

Tubuh saja genit, tapi suara saya satu dewan boleh dengar (macam tertelan speaker!). Seorang yang periang dan suka record diri sendiri memasak, sesuailah dengan column saya – Lifestylist. Lavish holiday is so me. Nampak macam manja tapi can get the job done. Saya kaki karaoke dan orang kata suara saya seperti Ning Baizura. When it comes to navigation, I am the best!

Lifestylist