Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Spot Makan Popular Pilihan Selebriti Untuk Melepak

Kamu mesti nak tahu di mana restoran kegemaran selebriti, kan?  Cosmo intai restoran kegemaran bintang tanah air. Bolehlah kamu kunjunginya bersama BFF atau si dia selepas ini.

NOBU
Tingkat 56, Menara 3 Petronas, Persiaran Kuala Lumpur, KL/ WAKTU OPERASI: Ahad hingga Isnin (6pm – 10.30pm)

Penyanyi Cinta Bersatu, Liyana Jasmay memang gemar berkunjung ke sini. Apa menu istimewa di sini? Untuk pembuka selera, Cosmo mencuba Miso Chips iaitu salmon bersama tuna pedas. Memang enak! Selain itu, Kushiyaki juga menarik untuk kamu cuba. Ia daging ayam yang dicucuk seperti sate yang dihidangkan bersama sos manis. Mesti cuba juga Sashimi Taco iaitu salmon yang dihidang bersama ketam, yellowtail fish dan udang galah.

LOVE ME SEVEN DAYS
Jalan Alam Damai, Alam Damai, Kuala Lumpur/ WAKTU OPERASI: Ahad hingga Isnin (11am – 11pm)

Hidangan di sini berkonsepkan fusion iaitu ada gabungan menu barat dan tempatan. Kami mencuba creamy butter prawn rice, berlemak tapi langsung tak buat kamu rasa muak. Selain itu, ayam masak merah dihidangkan bersama nasi mentega sangat menyelerakan, terasa bagai sedang menikmati air tangan ibu kamu. Untuk pemanis mulut, Cosmo cadangkan kamu cuba karamel dengan homemade chocolate. Rasa ‘ketagih’ pula bila menikmati pemanis mulut ini. Dengar kata, Elfira Loy selalu menikmati makanan di sini.

THYMES CAFE
No. 16-G, Block C, Pusat Perniagaan The Atmosphere, Jln Atmosphere 6, Bandar Putra Permai, Seri Kembangan, Selangor/ WAKTU OPERASI: Jumaat hingga Rabu (12pm – 11pm)

Penyanyi yang berasal dari bumi Kenyalang, Hafiz Suip selalu menikmati makanan Sarawak di Thymes Cafe. Ia menu paling popular di kafe ini. Cosmo memang berkenan dengan Mee Kolok di sini, kuahnya yang cukup rasa memang patut kamu cuba. Laksa Sarawak yang super sedap selain menu moden kontemporari dan makanan Barat antara yang mesti kamu cuba. Untuk menu Barat, Cosmo cadangkan kamu cuba lamb shoulder chop. Dagingnya enak dan tak liat serta dihidang bersama pilihan sos cendawan atau black pepper.

 

Foto: 123rf.com

Tubuh saja genit, tapi suara saya satu dewan boleh dengar (macam tertelan speaker!). Seorang yang periang dan suka record diri sendiri memasak, sesuailah dengan column saya – Lifestylist. Lavish holiday is so me. Nampak macam manja tapi can get the job done. Saya kaki karaoke dan orang kata suara saya seperti Ning Baizura. When it comes to navigation, I am the best!

Lifestylist