Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Volo bracelet

Sophia – Bracelet Paling Cool Perlu Kamu Miliki!

Gelang tangan adalah aksesori wajib buat wanita terutamanya yang mahu tampil menonjol. Khas buat gadis yang sukakan sesuatu yang ringkas dan trendy, jenama aksesori paling cool, Volo telah melancarkan gelang tangan istimewa untuk kamu, cool chicks!

Volo bracelet

Volo tampil dengan rekaan gelang tangan bernama Sophia, yang sesuai digayakan setiap hari dan untuk apa sahaja acara, termasuk ketika melakukan aktiviti lasak.

Volo bracelet

Gelang tangan sinonim dengan feysen sejak berabad lamanya dan kini aksesori gelang tangan menjadi antara perhiasan kegemaran wanita dalam fesyen kontemporari.

Volo bracelet

Sesuai dengan peredaran masa, fesyen dan gaya gelang tangan semakin meriah dengan rekaan yang fancy mengikut kesesuaian terkini. Gelang tangan Sophia ini direka dengan rekaan yang ringkas dan minimal tetapi sangat cool buat semua golongan wanita.

Volo bracelet

Direka dengan bahan metalik plat, lilitan yang mudah diubah mengikut saiz pergelangan tangan, Sophia tampil dengan lima warna menarik iaitu rose pink, dark blue, khaki, purple dan dark blue. 

Volo bracelet

Khas buat Cosmoholics, kamu boleh dapatkan diskaun 15% dengan setiap pembelian gelang tangan Sophia  menggunakan kod COSMOXSOPHIA. Tawaran sah sehingga 31 Mac 2017. Untuk info lanjut dan pelbagai aksesori menarik daripada Volo, layari www.volo.me

 

Fun, wacky and digital junkie. Kalau kamu suka melancong, I am the best travel buddy you will ever meet. Saya menulis semua topik tetapi hiburan dan muzik ialah forte saya. Tiga benda yang buatkan saya gembira – laut, katil yang empuk dan mashed potato.

Randomness