Sofi Jikan Dituduh Letak Dadah Dalam Minuman Farid Kamil
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Sofi Jikan Dituduh Letak Dadah Dalam Minuman Farid Kamil

Kes Datuk Farid Kamil yang dikatakan di bawah pengaruh dadah sehingga menimbulkan kekecohan pada 11 Januari lalu masih belum reda apabila Farid membuat laporan polis untuk mempertahankan maruahnya.

2 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse

Sebelum ini, sebanyak lima pertuduhan dikenakan terhadap Farid termasuk menampar seorang anggota polis trafik di Balai Polis Kota Damansara pada 11 Januari lalu dan dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak RM12,000 pada 16 Januari lalu. Kes tersebut mendapat liputan meluas seluruh Malaysia apatah lagi Farid baru sahaja dianugerahkan gelaran Datuk sebulan sebelumnya.

Pelakon Sofi Jikan, 48, antara tiga rakan artis yang disyaki meletakkan dadah ke dalam minuman Farid dan kini dia ditahan untuk siasatan lanjut. Sofi bagaimanapun menerusi laman Instagramnya semalam menafikan dakwaan itu “Biar Tuhan Yang tunjukkan kebenaran atas tuduhan tersebut. Wa (saya) punya Sengat Fans tahu sapa wa,” tulis Sofi.

Fun, wacky and digital junkie. Kalau kamu suka melancong, I am the best travel buddy you will ever meet. Saya menulis semua topik tetapi hiburan dan muzik ialah forte saya. Tiga benda yang buatkan saya gembira – laut, katil yang empuk dan mashed potato.

Randomness