Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
seks

Soal Jawab Seks Yang Kamu Cari Selama Ini

Mungkin kamu dan suami ada soalan yang terlalu sensitif untuk ditanyakan. Cosmo tampilkan info dan nasihat perlu tahu tentang perihal di ranjang. Jadi tak perlulah kamu malu lagi atau berdiam diri jika musykil tentang seks.

seks

Period Lagi???

S: Bulan ini tiba-tiba haid saya datang dua kali. Suami sudah bertanya, apa sedang berlaku dengan tubuh saya ni?
J: Oh tidak… Tapi usah risau kerana pasti ada penjelasan di sebaliknya. Mengikut pakar, jika jangka
masa antara haid kamu 21 ke 35 hari, ini adalah normal. Jika sebaliknya dan ia berubah secara mendadak, sebaiknya terus berjumpa pakar sakit puan. Namun, ini mungkin disebabkan oleh perubahan hormon. Doktor mungkin akan memberikan kamu pil perancang untuk seimbangkan hormon dan lakukan pemeriksaan untuk pastikan tiada cyst. Jadi jangan tunggu lama-lama jika rasa gusar, jumpalah doktor secepat mungkin.

 

Risau Hamil

S: Suami saya begitu yakin dengan teknik pull-out dan enggan guna apa-apa pencegah kehamilan. Kami belum bersedia untuk zuriat, dan saya risau akan hamil jika ikut teknik suami…
J: Hakikatnya, teknik ini hanya efektif jika suami kamu ada daya tahan yang hebat (dan tidak ramai lelaki begitu), walaupun statistik menyatakan ia 96 peratus berkesan jika dilakukan dengan sempurna. Mungkin suami kamu rasa dia belum orgasme tapi air mani mungkin sudah keluar sedikit. Ini risiko yang besar jika kamu belum bersedia untuk zuriat. Pujuk suami gunakan kondom atau kamu boleh pasang IUD.

 

Pornofied

S: Sebelum kahwin, saya pernah tengok porno. Tapi selepas berkahwin dan melakukan seks dengan suami, ia rasa pelik. Kenapa tak sama?
J: Seseorang yang pernah menonton porno pasti ada idea tersendiri bagaimana hubungan intim perlu dilakukan. Kamu dah biasa dengan aksi yang nampak mengujakan dan berasakan seks dengan suami bosan dan straight forward. Kamu kena ambil inisiatif jika mahukan seks hebat seperti yang kamu bayangkan. Ia pasti lebih mengujakan jika kamu cuba tunjukkan sisi yang lebih nakal bila bersama suami di ranjang.

 

Oh, Gelinya….

S: Saya sering rasa geli di bahagian intim selepas seks. Adakah ia normal atau disebabkan jangkitan?
J: Jika kamu rasa geli, ia mungkin kerana kulit di bahagian sulit jadi lebih sensitif, dan ini perkara normal. Tetapi jika sesi intim kamu agak kasar, pastikan kamu periksa jika ada luka di situ. Ia mungkin buat kulit rasa geli jika terkena air. Tunggu beberapa jam selepas hubungan intim dan periksa semula jika masih ada rasa geli atau gatal. Jika ada, ia mungkin petanda jangkitan. Make sure you get it checked!

 

Foto: 123rf.com

Fun, wacky and digital junkie. Kalau kamu suka melancong, I am the best travel buddy you will ever meet. Saya menulis semua topik tetapi hiburan dan muzik ialah forte saya. Tiga benda yang buatkan saya gembira – laut, katil yang empuk dan mashed potato.

Randomness