Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Soal Jawab Kecantikan (Bahagian 7)

Resah dihimpit pelbagai masalah kecantikan? Usah risau, Cosmo sedia membantu!

Soalan: Saya sering keletihan apabila pulang dari kerja. Tak terdaya nak keluar untuk berurut, nak berendam, tak ada tab mandi pula. Apa lagi boleh saya lakukan selain berpupur untuk leraikan keletihan?

Kamu cuma fikirkan bahagian atas badan saja. Apa kata kamu belai kaki yang berkemungkinan besar merupakan anggota paling letih setelah seharian berkejar ke sana sini. Beli saja pupur khas untuk kaki (pilih yang wangi), sapu dan relaks depan TV. Jangan lupa alas kaki dengan tuala ya.

 

Soalan: Wajah saya mudah berpeluh. Solekan pula tak pernah lekat. Apa yang tak kena?

Kelenjar peluh yang aktif akan menyebabkan kamu cepat berpeluh. Biarpun ia bagus untuk menyahtoksin dan sejukkan tubuh, malangnya solekan sukar nak lekat. Mulakan dengan pelembap bebas minyak. Guna produk yang berformula tak mudah merekah atau berbelak seperti bedak asas yang mampu menjadi kanvas terbaik buat kulitmu. Pastikan ia mampu lembapkan dan segarkan kulit sepanjang hari.

 

Soalan: Saya tak suka tekstur skrub wajah yang berbiji dan kasar. Ada tak cara lain untuk sental wajah?

Sekarang ini ada pelbagai teknik singkirkan kulit mati (itu tujuan skrub). Jika tak suka skrub kasar, kamu boleh cuba berpupur (cleansing mask) namun ia mengambil lebih masa.

 

Soalan: Apa cara terbaik nak bersihkan gincu merah?

Rendam bebola kapas dengam pembersih solekan kalis air khusus untuk mata kemudian bersihkan bibir. Jika tak ada, kamu boleh gunakan jeli petroleum sebagai alternatif.

 

Soalan: Teringinlah nak besarkan mata dengan solekan. Tapi bagaimana ya?

Kamu perlu tiga rona pembayang. Selepas highlight bawah kening dan sapu rona medium gelap di kelopak mata, pilih rona gelap untuk garis atas dan bawah sudut mata. Bila gariskan sudut luar mata, ia beri ilusi mata lebih lebat sekali gus buat mata tampak bundar.

 

Lebih banyak lagi soal jawab mengenai kecantikan di sini:

Soal Jawab Kecantikan (Bahagian 1)

Soal Jawab Kecantikan (Bahagian 2)

Soal Jawab Kecantikan (Bahagian 3)

Soal Jawab Kecantikan (Bahagian 4)

Soal Jawab Kecantikan (Bahagian 5)

Soal Jawab Kecantikan (Bahagian 6)

 

Foto: Shutterstock.com

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor