Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
beauty

Soal Jawab Kecantikan (Bahagian 4)

Resah dihimpit pelbagai masalah kecantikan? Usah risau, Cosmo sedia membantu!

beauty

 

Soalan: Ada tak cara nak pulihkan maskara yang telah kering?

J: Asalkan usianya tidak melebihi tiga bulan selepas dibeli (patutnya kamu dah buang untuk elakkan bakteria), apa yang boleh kamu lakukan ialah rendamkan ia selama seminit dalam air panas untuk lembutkan semula likatannya. Pastikan penutup maskara sentiasa ketat agar tidak cepat kering.

 

Soalan: Saya lihat rata-rata selebriti Hollywood miliki tona kulit sekata biarpun pada siku dan lutut. Bagaimana nak dapatkan tona sekata seperti mereka?

J: Kulit di bahagian siku dan lutut lebih tebal, jadi ia mudah kering dan berubah warna. Sebelum kamu sapukan krim pelembap yang diperkaya, pastikan kamu lakukan eksfoliasi untuk tanggalkan sel kulit mati dan memudahkan krim meresap.

 

Soalan: Kulit teman lelaki saya kusam biarpun dia rajin bersihkan wajah. Apa agaknya yang tak kena?

J: Kulit lelaki 20 peratus lebih tebal berbanding wanita dan cenderung tampak kusam dan keletihan. Cuba kamu minta si dia guna skrub tiga kali seminggu (sambil-sambil mandi pun boleh buat). Cara ini akan bantu kulitnya kembali segar dan tak kusam lagi.

 

Soalan: Disebabkan kerap berada di bawah panahan matahari, rambut saya semakin berubah perang. Bagaimana nak kembalikan warna asal rambut tanpa perlu ke salun?

J: Rendamkan tiga uncang black tea (ada dijual di pasar raya) ke dalam kira-kira dua cawan air panas. Biarkan sejuk dan tuang atas rambut. Biarkan 10 minit sebelum bilas. pigmen warna daripada teh akan menggelapkan sedikit warna rambutmu.

 

Soalan: Ada tak cara nak percepatkan pertumbuhan bulu kening bila dah terlebih cukur atau cabut?

J:Nak bagi tumbuh segera memang tak ada tapi kalau nak cepatkannya, guna saja serum atau minyak khusus untuk melebatkan bulu mata. Sementara itu apa yang boleh kamu lakukan adalah mengisi ruang-ruang kosong pada kening dengan celak, kemudian selapis eyebrow gel untuk menyerlahkan lagi bentuknya.

 

Lebih banyak lagi soal jawab mengenai kecantikan di sini:

Soal Jawab Kecantikan (Bahagian 1), Soal Jawab Kecantikan (Bahagian 2)Soal Jawab Kecantikan (Bahagian 3)

 

Foto: INGimage

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor