

Cosmopolitan Malaysia
Masih belum 'insaf' dengan perangai kaki pukulnya, Chris kini berpacaran pula dengan penyanyi dari Indonesia, Agnez Monica yang kini mencipta nama di Hollywood. Agnez yang kini dikenali sebagai Agnez Mo dilihat kerap bersama Chris termasuk hadir bersama ke majlis hari jadi DJ Khaled awal bulan lalu.
Semuanya bermula apabila Chris memuat naik foto dia dan Agnez berpelukan di dalam studio. Chris bagaimanapun menafikan hubungan cinta mereka, begitu juga Agnez yang tidak memberikan sebarang kenyataan. Mereka baru sahaja melancarkan single kolaborasi bersama berjudul On Purpose dua minggu lalu.
Beberapa sumber terdekat Chris mengakui yang penyanyi itu tidak boleh hidup tanpa teman wanita. Hubungan cintanya yang gagal sebelum ini semuanya kerana sikap Chris yang terlalu cemburu dan obses dengan wanita yang bersamanya.
Jika betul mereka sedang berpacaran, Cosmo yakin Agnez bukan seperti wanita-wanita yang pernah bersama Chris sebelum ini. Malah Agnez sendiri kini sedang fokus dengan karier nyanyiannya yang kini semakin diterima di Hollywood. Tampil dengan genre yang lebih moden dan catchy, Agnez telah melancarkan beberapa single seperti Damn I Love You dan Long As I Get Paid yang kini mencecah 20 juta tontonan di YouTube.
Leave a Reply