Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Singkir Stress Kamu Dalam Sekelip Mata

Meditasi memang bagus, tetapi tidaklah sampai kamu kena bertapa. “Bila kamu peka, ia akan menenangkan sistem saraf, membantu kamu mengawal emosi dan buat kamu lebih sayangi diri,” kata Diana Winston, pengarah pendidikan keprihatinan di UCLA Mindful Awareness Research Center. Keep calm and carry on…

Bila kamu pergi kerja Dengar atau baca kata-kata positif sebelum kamu memulakan hari. Ia akan membangkitkan mood dengan lebih baik. Lagu yang menceriakan hati pun berkesan juga.

Di pejabat Tengahari saja dah rasa lesu? Berdiri kemudian luruskan kedua-dua tangan ke udara, tolak badan ke kiri kemudian ke kanan. Tolak dagu kamu sehingga kepala mendongak ke belakang, tunduk ke bawah, kemudian sisi ke sisi. Pasti otakmu rasa lebih segar.

Buat kerja rumah Fokus pada tugasan. Sedang cuci pinggan? Perhatikan bagaimana air itu mengalir di tangan dan hidu bau sabun pembersih. Bila otak dah mula mengelamun, fokus semula pada pencucian untuk rasai ketenangan.

Makan malam Pada gigitan pertama, bau, lihat dan rasai hidanganmu. Dengan cara ini kamu akan serta-merta memperlahankan rentak, terus rasa nikmat dan syukur dengan makananmu.

Sebelum tidur Takkanlah terus sangat harimu tadi, mesti ada sedetik yang best seperti latte paling lazat pernah kamu rasai, atau rona gincu yang buat kamu nampak sangat ceria. Fikirkan lima perkara buat kamu bersyukur dan harimu akan berubah lebih gembira.

 

Foto: INGimage.com

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor