Simple Dan Elegan, Gaun Persandingan Miley Cyrus Berharga RM38K!
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Simple Dan Elegan, Gaun Persandingan Miley Cyrus Berharga RM38K!

Majlis yang diraikan dengan penuh ringkas, hanya dihadiri keluarga terdekat, tiada dekorasi yang ekstravaganza dan diadakan di lokasi tertutup. Itulah persandingan impian Miley Cyrus dan Liam Hemsworth.

Persandingan Miley dan Liam memang dinanti-nantikan selama ini selepas beberapa kali dikhabarkan berkahwin secara senyap-senyap. Hubungan mereka yang telah berlangsung selama lebih sepuluh tahun sebelum ini sering dilanda kontroversi apatah lagi mereka tinggal berjauhan.

Hubungan cinta mereka juga beberapa kali putus sebelum bertunang pada 2012 dan berpisah pada 2013. Kemudian mereka bersama kembali dan bertunang sekali lagi pada tahun 2016.  Miley yang menggelar Liam sebagai "my survival partner" akhirnya berkongsi foto persandingan mereka di Instagram pada 23 Disember 2018, beberapa hari sebelum sambutan Krismas.

Foto itu menggemparkan Hollywood kerana mereka tidak pernah mendedahkan tarikh perkahwinan mereka kepada umum sebelum ini. Majlis yang berlangsung di kediaman mereka di Nashville itu dihadiri oleh keluarga terdekat dengan dekorasi yang ringkas serta menu jamuan yang kelihatan hanya seperti sambutan hari jadi.

Miley menyarung busana daripada Vivienne Westwood dan memuat naik gambar hitam putih bersama kapsyen, "10 years later..." dan "This is probably our one millionth kiss..."

Congratulations Miley and Liam! Apa yang paling peminat mahu tahu, tentu sekali butiran mengenai gaun vintaj yang digayakan Miley malam itu. Gaun itu adalah rekaan Vivienne Westwood yang berharga lebih USD9,000. Gaun ringkas dengan gaya off-shoulder dan meleret itu diperbuat daripada kain sutera berwarna ivory white. So chic yet elegant! 

Pasangan ini bertemu pada tahun 2009 di set The Last Song dan mengesahkan mereka mula bercinta pada Mac 2010. Cosmo tumpang gembira akhirnya kisah cinta mereka mempunyai happy ending!

6 of 7
Use your ← → (arrow) keys to browse

Fun, wacky and digital junkie. Kalau kamu suka melancong, I am the best travel buddy you will ever meet. Saya menulis semua topik tetapi hiburan dan muzik ialah forte saya. Tiga benda yang buatkan saya gembira – laut, katil yang empuk dan mashed potato.

Randomness