Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Siapa Sebenarnya Bapa Kepada Anak Yang Dikandung Kylie Jenner?

First of all, tak perlu lagi Cosmo ulang berita yang Kylie Jenner sedang hamil kepada kamu. Kalau kamu masih belum tahu cerita ini, where have you been all this while, honey?

Persoalannya sekarang, betulkah anak yang dikandung itu adalah hasil hubungan cintanya dengan Travis Scoot yang baru saja bersama empat bulan lalu? Ataupun Tyga adalah bapa kepada bayi itu? Menurut sumber terdekat, Travis menghebahkan berita kepada rakan-rakan baiknya yang dia dan Kylie bakal menimang cahaya mata perempuan.

Kylie sendiri masih belum memberikan sebarang kenyataan kepada media namun berita dia hamil empat bulan tersebar selepas bintang realiti itu memberitahu teman baiknya. Menurut laporan TMZ, Kylie, 20 dan Travis, 25, telah bersama sebagai pasangan kekasih sejak April lalu, sebulan selepas Kylie berpisah dengan rapper, Tyga.

Foto: EOnline

Travis dilihat lebih teruja berbanding Kylie dan lelaki itu berulang kali memberitahu rakan-rakannya yang dia bakal menjadi bapa kepada bayi perempuan. Sementara itu, bekas kekasih Kylie, Tyga pula membuat kenyataan di Snapchat yang dia percaya bayi itu adalah anaknya!

Foto: US Weekly

Namun video di Snapchat itu telah dipadam selepas menjadi viral di laman sosial. Beberapa spekulasi juga mengatakan ia tidak mungkin bayi milik Tyga kerana mereka telah berpisah lebih lima bulan sedangkan Kylie kini baru memasuki kehamilan minggu ke- 27.

Dalam pada itu, kakak Kylie, Kendall dan ahli Kardashian yang lain tidak dibenarkan memberi sebarang kenyataan kerana mereka sendiri tidak menyangka yang Kylie akan hamil terlalu awal di usia 20 tahun. Kylie ketika ini masih belum berkongsi gambar kehamilannya dan hanya memuat naik foto throwback ataupun gaya baju bersaiz besar di Instagram.

 

Fun, wacky and digital junkie. Kalau kamu suka melancong, I am the best travel buddy you will ever meet. Saya menulis semua topik tetapi hiburan dan muzik ialah forte saya. Tiga benda yang buatkan saya gembira – laut, katil yang empuk dan mashed potato.

Randomness