Shopping 'Menggila' Dalam 24 Jam Di Luar Malaysia - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Shopping ‘Menggila’ Dalam 24 Jam Di Luar Malaysia

Terbang ke luar negara; beli, beli, beli kemudian terbang semula ke tanah air dan tidur di atas katil kamu sendiri. Cosmo kongsikan cara kamu juga boleh lakukannya! Tak kira apa barangan yang kamu mahu beli di luar negara, untuk sehari atau sehari semalam, Cosmo kongsikan tip untuk kamu jayakan kembara membeli-belah 24 jam.

52671002 - happy beautiful young couple holding shopping bags while standing in mall. woman pickaback

  • Bawa wang tunai yang mencukupi, mengikut bajet yang telah ditetapkan. Kalau takut bawa tunai terlalu banyak, activate kad debit atau kredit untuk digunakan di luar negara. Untuk elak kad kena klon atau jadi perkara tak diingini, activate untuk tempoh yang kamu berada di sana sahaja.
  • Pakai kasut yang tahan lasak. Sneakers atau sandal memadai!
  • Disebabkan kamu bawa beg ringan, tak perlu ‘beli’ jumlah berat bagasi yang tinggi untuk waktu pergi. Jika pergi berkumpulan, beli untuk seorang saja (20kg pun cukup) dah memadai. Yang lain boleh bawa hand-carry sehingga 8kg dalam kebanyakan penerbangan.
  • Bawa beg kosong (jenis boleh lipat) dalam beg troli besar. Mudah kamu masukkan barang yang telah dibeli. Pastikan jumlah berat dibeli pada waktu pulang cukup dari segi tampungannya. Lebih jenuh kalau kena caj overweight, mahal!
  • Sewaktu sedang membeli-belah, jangan lupa minum air. Shopping itself is a form of exercise (bukanlah jenis hardcore though) so kamu akan berpeluh dan lagi cepat kelesuan kalau tak cukup air dalam badan. Keep yourself hydrated okay.
  • Jangan lupa rakam gambar kenangan. Tak semua orang gigih dan mampu lakukan sesi beli-belah 24 jam di luar negara seperti kamu. Be proud!
  • Elak membandingkan harga dari kedai ke kedai kerana kamu tiada waktu yang mewah. Sebaiknya survey secara online sebelum kamu pergi atau tanya kawan-kawan yang pernah ke kedai kawasan kamu nak kunjungi untuk recommendation.
  • Dalam sesi beli-belah 24 jam, kamu dibenarkan untuk amalkan konsep ‘berkenan terus beli’ kerana memang itupun tujuan kamu datang. Tak perlu fikir panjang lebar.
  • Nak elak tersasar daripada waktu, lantik seorang time keeper dalam kumpulan. Dia perlulah reliable dan kena ingatkan masa. Takut terlepas flight pulang pula nanti.
  • Untuk kemudahan solat yang selesa, pilih untuk makan tengahari di restoran yang elok dan halal kerana biasanya ada tersedia ruang solat. Lantik seorang dari kumpulan kamu untuk bawa telekung yang nipis untuk dikongsi bersama.
  • Untuk shopping trip ke Jakarta (pergi pagi, balik malam), perlu ada seorang atau dua lelaki untuk bantu kamu angkat barang. Book them in advance dan pastikan mereka sentiasa kenyang. Kalau suami yang temankan, pandai-pandailah janji urutan dan sesi di ranjang yang hot and sexy bila pulang nanti.
  • Jika bermalam di Ho Chi Minh, pilih hotel yang jarak jalan kakinya dekat Pasar Ben Thanh (syurga kain kapas, kain ela dan baju kurung Pahang siap dengan beadings). Bila tangan penuh, kembali ke hotel untuk simpan barang dan sambung jalan. Berbaloi shopping dari pagi ke malam.

 

Foto: 123rf.com

 

Tubuh saja genit, tapi suara saya satu dewan boleh dengar (macam tertelan speaker!). Seorang yang periang dan suka record diri sendiri memasak, sesuailah dengan column saya – Lifestylist. Lavish holiday is so me. Nampak macam manja tapi can get the job done. Saya kaki karaoke dan orang kata suara saya seperti Ning Baizura. When it comes to navigation, I am the best!

Lifestylist