Shawn Mendes Dedah Rahsia Hubungan Cinta Dengan Hailey Baldwin
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Shawn Mendes Akhirnya Mengaku Pernah Bercinta Dengan Hailey Baldwin

Shawn Mendes Dedah Rahsia Hubungan Cinta Dengan Hailey Baldwin

Ya, Hailey Bladwin dan Justin Bieber telah berkahwin secara sah tetapi Shawn Mendes punya sesuatu untuk dikatakan tentang hubungannya bersama Hailey sebelum dia menjadi Mrs. Bieber.

Oh, dan dia juga mempunyai sedikit komen mengenai pertunangan Hailey dengan Justin. Dalam perkataan lain, pandangan kamu tentang hubungan cinta tiga segi ini akan berubah dengan banyak.

Menerusi satu wawancara bersama Rolling Stone, banyak rahsia peribadi yang didedahkan oleh Shawn. Selain mengakui kerap menghisap ganja, Shawn juga berkongsi cerita yang dia dan Hailey pernah bersama.

Kisah hubungan Shawn dan Hailey mula diperkatakan selepas mereke hadir ke Met Gala bersama pada bulan Mei lalu. Pada hari berikutnya, mereka dilihat berpelukan, tetapi menafikan perkara tersebut.

Tambah Shawn dia telah move on dengan perhubungan itu dan menyifatkan ia sebuah kisah cinta monyet dan pengalaman mengelirukan. Dia mengakui mereka lebih daripada sekadar kawan, tetapi dia masih ragu untuk melabelnya sebagai satu hubungan: “I don’t even wanna put a title on it. I think it was more of a zone of limbo.”

Prev1 of 2
Use your ← → (arrow) keys to browse

shawn-mendes-hailey-baldwin

Saya seorang yang easy-going and make-up enthusiast. Saya obses dengan bronzer! Jika kamu nampak saya sedang ‘usha’ kamu di tempat awam, jangan risau – I’m just admiring your make-up. Saya juga pencinta haiwan lebih-lebih lagi kucing. Bila tidak menulis, saya suka tonton all my favorite series seperti Sex and The City dan Gossip Girl (duh, of course!).

Celebrity Stalker