Seungri Big Bang Didakwa Tawar Pelacur Untuk Khidmat Seks! - Page 2 of 4 - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Seungri Big Bang Didakwa Tawar Pelacur Untuk Khidmat Seks!

Dua minggu sebelum menjalani khidmat ketenteraan di Korea Selatan, bintang K-pop, Seungri daripada Big Bang didakwa memiliki syarikat membekalkan khidmat seks dan escort girl kepada pelabur syarikatnya.

Agensi Seungri, YG Entertainment Inc, memaklumkan pihaknya telah menerima berita pendakwaan itu tetapi tidak mahu mengulas lanjut atau memberikan sebarang kenyataan. Malah Seungri sendiri mendiamkan diri dan mengelak untuk menjawab sebarang pertanyaan media.

Seungri, 28, didakwa menawarkan khidmat seks kepada pelabur syarikatnya dengan memberikan rasuah seks termasuk wanita pengiring sebagai ganjaran.

Dalam perkembangan lain, Seungri juga dikatakan sedang menjalinkan hubungan cinta dengan pelakon terkenal dari Indonesia, Raline Shah. Mereka dilihat pernah bergambar bersama tetapi kebenarannya tidak begitu pasti.

Seungri bakal terbang ke Jakarta, Indonesia minggu depan untuk persembahan pentasnya, The Seungri Show, The Great Seungri Tour 2019 pada 17 Mac ini.

2 of 4
Use your ← → (arrow) keys to browse

Fun, wacky and digital junkie. Kalau kamu suka melancong, I am the best travel buddy you will ever meet. Saya menulis semua topik tetapi hiburan dan muzik ialah forte saya. Tiga benda yang buatkan saya gembira – laut, katil yang empuk dan mashed potato.

Randomness