Set Makan Tengah Hari Enak Dan Berbaloi Untuk Dicuba - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Set Makan Tengah Hari Enak Dan Berbaloi Untuk Dicuba

Set Makan Tengah Hari Enak Dan Berbaloi Untuk Dicuba

Mr. Chew Latino Bar

Alamat: WOLO, Jalan Bukit Bintang, Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur

Waktu operasi: 11.30am – 2.30pm, 5pm-1am (Dibuka setiap hari)

Dahulu merupakan loteng dupleks dan apabila diubah suai, restoran ini menawarkan pemandangan yang sangat menakjubkan melalui tingkap dan banyak pencahayaan semula jadi di sebelah petang. Dah tentu ia antara restoran dengan konsep Insta-worthy! Cosmo cuba set makanan tengah hari yang bernilai RM45++ seorang dengan pilihan tiga pembuka selera dan empat pilihan menu utama. Berbaloi, kan? Jika kamu terasa ingin mencuba hidangan pencuci mulut bolehlah tambah RM15++ dan pilih antara tiga pilihan hidangan pencuci mulut yang kesemuanya enak belaka.

Cosmo buka selera dengan salad tawai dengan epal dan pear, pucuk, heart palm dan aroma minyak ikan yang cukup wangi. Gabungan salad ini menghasilkan rasa masam manis bila kamu nikmatinya.

Jika kamu suka steamed bun seperti Cosmo, ‘wajib’ cuba set makan tengah hari ayam Gochujang dengan roti kukus bersama labu dan chestnut ini. Yummy!

Tak lengkap hari kamu jika tak nikmati nasi lotus dengan lauk yang menyelerakan. Dalam set ini kamu dihidangkan dengan lauk ikan goreng golden snapper bersama dill and leek. Sizzling wagyu striploin dimasak dengan palermo pepper, gajus dan daun ketumbar serta ayam panggang dengan bawang jeruk, halia serta ulam.

Jika kamu tambah RM15++, kamu dapat cuba pencuci mulut iaitu sesame chocolate noodles atau coconut & mango ice kacang.

Semua hidangan set tengah hari dihidangkan dalam bento box. Menarik sangat! Bukan sekadar cantik untuk gambar Instagram kamu, malah hidangan ini semuanya sedap belaka. Rugi tak cuba!

Tubuh saja genit, tapi suara saya satu dewan boleh dengar (macam tertelan speaker!). Seorang yang periang dan suka record diri sendiri memasak, sesuailah dengan column saya – Lifestylist. Lavish holiday is so me. Nampak macam manja tapi can get the job done. Saya kaki karaoke dan orang kata suara saya seperti Ning Baizura. When it comes to navigation, I am the best!

Lifestylist