Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Set High Tea Yang Berbaloi Untuk Kamu Cuba

Sekali-sekala apa salahnya mencuba hidangan set minum petang di cafe bersama pasangan ataupun klien selain di hotel yang tentu sekali mencecah ratusan ringgit!

Common Man Coffee Roasters yang terletak di Plaza Vads, Taman Tun Dr Ismail kini menawarkan set minum petang dengan menu yang menyelerakan. Kamu boleh memilih samada set itu dihidangkan dengan kopi reneh ataupun teh, mengikut cita rasa.

Set High Tea untuk dua orang tampil dengan seleksi makanan berperisa manis dan bukan manis, ditawarkan pada harga RM65++ (RM75.40 net). Menu tersebut mempunyai pelbagai set pilihan yang akan berubah supaya kamu boleh mencuba kombinasi lazat yang berbeza. Hidangan yang disediakan dengan setiap set termasuk empat jenis makanan manis dan tiga jenis makanan yang bukan manis, sesuai untuk dua tetamu berkongsi. Setiap makanan dibuat secara khusus untuk Set High Tea ini.

Set petang penuh eksklusif ini hanya ditawarkan pada setiap hari Khamis dan Jumaat dari 2.30 – 5.30 petang. Antara sajian yang Cosmo rasa patut kamu cuba adalah Lychee Coconut Cheesecakes, Profiteroles with Sesame Custard, Fresh Scones with Jam and Cream, Sesame Bagel with Sour Cream, Mini Beef, Chicken atau Vegetable Sliders, Cranberry Walnut Cake, Corn Bread with Berries and Fresh Cream, Beef Rendang Empanadas, Chocolate Gateau, Citrus Meringue Tart, Cheese Frittata dan Chocolate Caramel Popcorn Bars.

Tempahan diperlukan untuk Set High Tea dan boleh dibuat dengan menghubungi 03-7731 7095. Waktu operasi adalah dari jam 8 pagi – 6.30 petang setiap hari.

Alamat:

Common Man Coffee Roasters
1, Jalan Tun Mohd Fuad, Taman Tun Dr Ismail,
60000 Kuala Lumpur,
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia

Telefon: 03-7731 7095

Fun, wacky and digital junkie. Kalau kamu suka melancong, I am the best travel buddy you will ever meet. Saya menulis semua topik tetapi hiburan dan muzik ialah forte saya. Tiga benda yang buatkan saya gembira – laut, katil yang empuk dan mashed potato.

Randomness