Sesi Shopping Sakan di Genting Highlands Premium Outlets! - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Sesi Shopping Sakan di Genting Highlands Premium Outlets!

Di mana ada perkataan sale atau jualan murah, pasti ia menjadi lokasi tumpuan hangat. April lalu, Cosmo bersama 40 pembaca setia mengunjungi Genting Highlands Premium Outlets untuk sesi yang paling digemari kaum wanita : Shopping! 

Setelah selesai sesi pendaftaran yang bermula jam sembilan pagi, perjalanan dimulakan dengan menaiki bas menuju ke Genting Highlands Premium Outlets. Sesi kali ini terasa sangat meriah, seakan mengembalikan nostalgia rombongan sekolah! Tambah seronok bila peserta semuanya sporting belaka. Setibanya di sana pada jam 11.30pagi, dengan segera peserta check-in di hotel berdekatan untuk segarkan diri sebelum memulakan aktiviti yang ditunggu-tunggu – sesi berbelanja!  Lebih tak sabar bila dapat tahu Genting Highlands Premium Outlets menawarkan diskaun hebat sehingga 70 peratus. Pasti rambang mata!

Membeli-belah dengan perut lapar pasti kacau mood, kan? Jadi para peserta singgah menjamu selera di Baba Nyonya by Sambal Chili terlebih dahulu, kemudian mulakan sesi beli-belah diikuti sesi styling di butik Sacoor. Peserta juga diberikan peluang untuk brewing coffee di Juan Valdez Cafe. Ternyata ia pengalaman yang menarik dan kini semestinya kami lebih menghargai kopi yang diminum setiap pagi. Aktiviti membeli-belah diteruskan sehingga jam sembilan malam.

Hari kedua, para peserta diberi waktu free dan easy selepas bersarapan di restoran Rajawali – kebanyakannnya sambung membeli belah di Genting Highlands Premium Outlets. Memang tak dinafikan, diskaun menarik di setiap kedai buat kamu rasa rugi jika tak membeli. Selepas makan tengah hari, kami berangkat pulang ke Kuala Lumpur, pastinya dengan senyum lebar hingga ke telinga kerana berjaya  grab tawaran hebat!

Moga kita bertemu lagi di acara akan datang ya, Cosmoholics?

Love, Team Cosmo!