Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Sesi Lebih Berahi Dengan Maraton Seks

Dambakan sesi maraton seks bersama suami sepanjang malam? Ini antara helah yang boleh kamu cuba untuk mengubah fantasi ke malam penuh ooh-lala

58954336 - photo of couple in love relaxing together in bedroom

Maraton seks kedengaran seperti sesuatu yang menakutkan. Bagaimana kamu ubah sesuatu yang selama ini berlangsung 15 minit bertahan selama lima jam? Dan apa sebenarnya yang kamu lakukan sepanjang tempoh itu? Sama seperti berlumba lari, kamu perlukan persiapan pra seks yang serius. Helah ini semestinya dapat membantu kamu dan suami mencapai malam yang penuh nikmat!

 

Eat, Play, Love

Makanan yang dapat menaikkan mood kamu tak seharusnya dipandang remeh. Coklat dan krim putar dapat membantu jadikan situasi lebih hangat dan seksi. Simpan semangkuk beri biru atau raspberi berhampiran katil kamu. Jadikan ia sebahagian daripada keseronokan bersama pasangan kamu dengan menyuap satu sama lain, atau berikan si dia ciuman manis bersama beri di antara bibirmu. Wow!

 

Hidratkan Tubuh

Minum air agar kamu tidak mudah pancit dan mengalami dehidrasi. Jika kamu tak mahu keadaan ‘terpotong’ dek kerana kamu kehausan, apa kata bermanja bersama pasangan dan berkongsilah minum dalam gelas yang sama. Bukankah seksi tu…

 

Jangan Tergesa-gesa

Jika tidak beri masa secukupnya untuk sesi foreplay, kamu takkan dapat bertahan untuk sesi maraton bersama si dia. Sebaliknya kalian akan terus ke fasa pecutan. Kita selalu ingat bahawa foreplay adalah kaedah ‘memanaskan badan’, tapi seks yang hebat sepatutnya mengambil masa dengan sesi sentuhan, ciuman yang lama, serta sedikit gurau senda untuk hangatkan suasana.

 

Tak Perlu Terlalu Bekerja Keras

Si dia mungkin tak mahu mengaku, tapi mungkin dia juga berasa risau tentang kemampuannya untuk bertahan sepanjang malam. Jangan terlalu memaksa. Ambil masa perlahan-lahan agar si dia tak rasa tertekan. Kamu ada sepanjang malam untuk merasainya. Apabila keadaan sudah memuncak, pastikan si dia tidak ‘menyerah kalah’ terlalu awal. Tukar posisi seks seperti kamu berada di atasnya atau minta suami bergerak dengan lebih perlahan serta lebih intimasi terhadap kamu.

 

Clothes Call

Untuk malam istimewa, cuba berpakaian seksi dan berdandan cantik kerana ia dapat bangkitkan mood dan suasana. Kamu juga boleh berikan si dia surprise dengan memakai candy bra. Ia kejutan paling seksi dan ‘manis’ untuk si dia jamah sepanjang malam. Ooh-lala…

 

Jadikan Ia Lebih Menyeronokkan

Ajak suami kamu bermain game untuk jadikan sesi intim lebih menarik. Dapatkan kad yang mempunyai arahan-arahan posisi seksi, di mana dia perlu menyentuh tubuhmu mengikut arahan yang tertera di kad. Atau tutup matanya dengan kain supaya dia rasa teruja dan tertanya-tanya bahagian mana kamu akan mencumbunya.

 

Foto: 123rf.com

Kalau tak kenal nampak macam sombong, tapi bila dah kenal rupanya ‘gila-gila’ dan kaki sakat orang. A social butterfly in the concrete jungle that is Kuala Lumpur. Mudah bergaul dan sukakan cabaran serta hargai perbualan mendalam. Curious most of the time, sexy always. Put my best foot forward and is a perfect cocktail of Carrie and Samantha.

Love Expert