Sesi Intim: Kamu Pilih ‘Makan Luar’ Atau Beraksi Di Kamar Sendiri?
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Sesi Intim: Kamu Pilih ‘Makan Luar’ Atau Beraksi Di Kamar Sendiri?

Sesi Intim: Kamu Pilih ‘Makan Luar’ Atau Beraksi Di Kamar Sendiri?

Tiada alasan untuk kamu tidak bermanja-manja dengan suami. Jadikan seks lebih istimewa dan mind blowing! Sama ada kamu mahu ‘makan luar’ a.k.a staycation sex di hotel mewah atau seks maraton di rumah, Cosmo berikan beberapa idea untuk jadikan ia satu sesi yang lebih kreatif dan hangat!

Kamu Lebih Suka ‘Makan Luar’ Atau ‘Dapao’?

2 of 2Next
Use your ← → (arrow) keys to browse

SESI BERAHI DI KAMAR SENDIRI

If you are skipping this year’s romantic getaway dan hanya mahu duduk bersantai di rumah bersama suami, tiada alasan untuk kamu korbankan sesi seks hangat. Ikut tip ini untuk set the mood ala-ala percutian romantik.





Beli Cadar Dan Duvet Cover Berkualiti

Ada sebab mengapa tidur di hotel mewah sungguh selesa. Cadar yang digunakan mempunyai jumlah benang yang lebih banyak dan berkualiti yang memberi keselesaan maksima. Kamu boleh check out online website seperti Lazada.com untuk upgrade cadar (look for sheets with a minimum of 500 thread count). Kamu juga boleh ‘melabur’ dengan membeli duvet cover berkualiti tinggi. Pilih warna seperti merah, krim atau lavender untuk sexy vibe. Fikirkan begini: Apa yang kamu sarungkan di tubuh amat penting untuk buatkan kamu rasa seksi dan kelihatan menggoda di mata suami, begitu juga cadar katil kamu! Berikannya sexy vibe agar perjalanan seks kamu lebih ‘jauh’ dan panjang di atas katil tersebut.

Cipta Suasana Relaks

Sebahagian besar yang menjadikan staycation sex lebih hangat adalah kerana kamu tidak mempunyai gangguan atau tidak memikirkan soal kerja mahupun perkara lain. To mimic that carefree feeling in your bedroom, you have to adopt the same attitude. Kamu benar-benar perlu relaks dan lepaskan apa saja yang bermain dalam fikiran kamu. Kamu perlu singkirkan ‘bunyi bising’ tersebut dan masuk ke dalam satu ruang yang tenang agar kamu boleh fokus pada seks dan intimasi. Jadi bersihkan kamar kamu terlebih dahulu, pasang lagu dan off telefon bimbit kamu!

Tak Kira Masa

Majoriti pasangan lakukan seks pada waktu malam dan selalunya dalam keadaan penat. By the time they get on it, they are often not interested anymore. Cara masa untuk benar-benar lakukan seks bukan kerana ia sudah menjadi satu rutin atau keperluan pasangan berkahwin. Cara terbaik adalah dengan melakukannya pada waktu berbeza berbanding waktu yang biasa kamu lakukannya. Jika kamu sedang bercuti bersama suami, pastinya seks dilakukan tidak kira masa, kan? Tetapkan mindset yang sama ketika kamu dan suami di rumah pada hujung minggu. Kamu boleh cuba lakukannya pada waktu pagi sebelum sarapan atau sebelum dan selepas evening nap.

Lakukan Seks Di Ruang Lain

Doing it in a new place feels adventurous, oleh sebab itu seks lebih menyeronokkan jika kamu bercuti bersama suami di negara lain. Dapatkan keterujaan yang sama walaupun di rumah dengan ‘bercuti’ dari kamar tidurmu. Pilih bilik lain selain kamar sendiri sudah cukup untuk berikan pengalaman seksual yang baru dan lebih menarik. Kamu boleh cuba di bilik air, tangga, ruang tamu mahupun back porch at night!

Order Room Service

Oh no! Bukannya adegan kamu pesan piza dan minta delivery guy hantar dan masuk ke dalam bilik kamu ya. Masak ataupun pesan makanan yang jarang-jarang kamu makan seperti fancy French atau menu Mediterranean yang eksotik. Kemudian bawa hidangan tersebut ke dalam bilik dan mulakan adegan suap menyuap. Eating your dinner in bed (or the classic breakfast in bed!) can feel like a special treat, bagaikan room service di hotel mewah. Plus point! Makan menggunakan tangan juga boleh berubah menjadi satu sesi foreplay. Tapi jangan pula kamu hidangkan makanan yang pedas okey!

Kalau tak kenal nampak macam sombong, tapi bila dah kenal rupanya ‘gila-gila’ dan kaki sakat orang. A social butterfly in the concrete jungle that is Kuala Lumpur. Mudah bergaul dan sukakan cabaran serta hargai perbualan mendalam. Curious most of the time, sexy always. Put my best foot forward and is a perfect cocktail of Carrie and Samantha.

Love Expert