Sesi Intim: Kamu Pilih ‘Makan Luar’ Atau Beraksi Di Kamar Sendiri?
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Sesi Intim: Kamu Pilih ‘Makan Luar’ Atau Beraksi Di Kamar Sendiri?

Sesi Intim: Kamu Pilih ‘Makan Luar’ Atau Beraksi Di Kamar Sendiri?

Tiada alasan untuk kamu tidak bermanja-manja dengan suami. Jadikan seks lebih istimewa dan mind blowing! Sama ada kamu mahu ‘makan luar’ a.k.a staycation sex di hotel mewah atau seks maraton di rumah, Cosmo berikan beberapa idea untuk jadikan ia satu sesi yang lebih kreatif dan hangat!
Kamu Lebih Suka ‘Makan Luar’ Atau ‘Dapao’?

Prev1 of 2
Use your ← → (arrow) keys to browse

STAYCATION SEKSI DI HOTEL                                       

Ini masanya untuk raikan cinta jadi tak hairanlah jika kamu teruja untuk jadi lebih romantik dengan suami. Cosmo kongsi tip untuk kamu take all of the advantages daripada staycation sex!





Pack Smart

Tidak kira jika ia penginapan satu malam saja, quick 3 days 2 nights getaway, atau full on vacation bersama suami, kamu perlu bijak atur dan rancang apa yang kamu perlukan terutama perkara yang berkaitan seks atau yang membuat kamu rasa seksi. Pack (a lot!) of sexy lingerie, minyak aromaterapi, ‘aksesori’ di ranjang jika mahu, dan sebagainya sebagai persediaan. Jangan beritahu suami kamu bawa semua ini bersama. Surprise him sebaik saja kalian check-in. Side note: Oversized tees and sweats are banned on this trip!

Fokus Dengan Tujuan Kamu

Pilih destinasi yang bakal buat kamu rasa seksi. Disney cruises adalah satu percutian yang hebat untuk keluarga tapi tidak bagus untuk ‘pelayaran’ seksual kamu. So much about feeling sexy is your mindset, jadi tugas kamu adalah untuk fokus pada seks dan bukan pada perkara lain. Apa yang kamu mahukan daripada percutian ini? Apa yang kamu mahu cuba Apabila kamu sudah ada jawapan kepada setiap soalan seksual ini, fokus!

Lakukan Sexy Bucket List

Biarpun hubungan intim kamu dan suami sudah hebat, kunci untuk mengekalkannya adalah dengan mengubah suai pengalaman berdua. Mulakan dengan senaraikan beberapa perkara yang kamu teringin nak cuba tapi tidak ada masa, malu atau terlalu sibuk untuk merealisasikannya. Mahu cuba posisi seks baru? Inilah masa terbaik untuk lakukannya! Once the vacation is planned, kongsi dengan suami babak dalam senarai tersebut. Pastikan kamu beritahunya beberapa hari sebelum untuk buat si dia teruja. You might not get all the way through your list, but you’ll have fun trying.

Pastikan Tiada Gangguan

Jika staycation ini sudah kamu rancang untuk satu perkara ini saja, pastikan segalanya dirancang sebaiknya dan kamu tidak akan diganggu oleh sesiapa pun. Ketika check-in, beritahu front desk bahawa kamu tidak mahu diganggu. Minta mereka ambil pesanan terlebih dahulu dan hantar ke bilik mengikut masa yang telah ditetapkan. Sebagai contoh, jika kamu mahu gunakan khidmat room service untuk makan malam, pesan hidangan siap-siap dan minta mereka hantar tepat jam lapan malam. Sama juga dengan sarapan pagi keesokan harinya. Satu-satunya masa yang boleh diganggu hanyalah untuk ingatkan waktu check-out. Itu saja okey!

Kalau tak kenal nampak macam sombong, tapi bila dah kenal rupanya ‘gila-gila’ dan kaki sakat orang. A social butterfly in the concrete jungle that is Kuala Lumpur. Mudah bergaul dan sukakan cabaran serta hargai perbualan mendalam. Curious most of the time, sexy always. Put my best foot forward and is a perfect cocktail of Carrie and Samantha.

Love Expert