Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Seronoknya Bercuti Di Novotel Phuket Phokeethra!

Memang rugi jika kamu tak ke Phuket. Popular dengan pantai yang bersih, makanan sedap dan persembahan Fantasea sinonim dengan Phuket. Cosmo jatuh cinta! Pengalaman Cosmo sepanjang berada di Phuket memang best, lagi seronok dapat menginap di Novotel Phuket Phokeethra.

Novotel Phuket Phokeethra

 

Lokasi Startegik. 

Kedudukan hotel ini sangat startegik kerana berada di tengah bandar Phuket, tak perlu ambil tuk-tuk. Kamu hanya perlu berjalan untuk menikmati dan pelajari  bandar bersejarah yang menarik, ia adalah menjadi asas yang sempurna untuk menerokai   pantai yang indah, hype restoran , tarikan pelancong dan untuk berhibur. Jika kamu nak tahu sejarah kewujudan bandar Phuket, Old Phuket Town adalah tempat wajib kamu kena singgah. Bangunan kolonial di sini masih lagi dijaga rapi.

Pelbagai jenis restoran dan bar minuman. 

Kamu tak perlu keluar hotel untuk cari makanan Thai, restoran Amor menyajikan pelbagai jenis hidangan, pendek kata international cuisine. Jika kamu mahu lepak di bar untuk nikmati minuman, Cosmo galakkan kamu lepak di LUA yang hidangkan pelbagai jenis minuman dengan light snacks. Mungkin alas perut sebelum makan malam. Lepas pulang daripada makan malam, singgah sebentar di Estrela untuk supper sambil menikmati pemandangan bandar Phuket.

Leisure & activites. 

Kalau tak rasa nak keluar explore bandar Phuket, rehat saja di hotel kerana ada banyak kemudahan yang kamu boleh gunakan secara percuma! Kalau tak mahu ke gim, boleh saja berenang di kolam renang. Lagi best kamu boleh manjakan diri di spa. Tipu kalau kamu tak suka. So, jangan lepaskan peluang untuk menginap di sini.

Novotel Phuket Phokeethra

novotel-phuket-phokeethra-opens-doors-to-island-s-colourful-history-1474445731-2970

 

 

Foto: Novotel Phuket Phokeetra

 

 

 

 

Tubuh saja genit, tapi suara saya satu dewan boleh dengar (macam tertelan speaker!). Seorang yang periang dan suka record diri sendiri memasak, sesuailah dengan column saya – Lifestylist. Lavish holiday is so me. Nampak macam manja tapi can get the job done. Saya kaki karaoke dan orang kata suara saya seperti Ning Baizura. When it comes to navigation, I am the best!

Lifestylist