Serlahkan Matamu Dengan Kanta Lekap Bausch + Lomb
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Serlahkan Matamu Dengan Kanta Lekap Bausch + Lomb

Mahukan mata yang lebih bersinar dan mencuri perhatian? Cuba kanta lekap terbaru daripada Bausch + Lomb yang hadir dengan pelbagai warna menawan!

https://www.youtube.com/watch?v=Knz0hLunwDw

 

Tak kira untuk dipakai seharian atau ke sebarang majlis, Bausch + Lomb menawarkan pelbagai pilihan menarik yang mampu menyerlahkan lagi wajah dan penampilanmu. Kamu boleh bergaya sakan dengan 10 pilihan warna unik untuk cipta gaya berbeza setiap hari!

 

Untuk Kegunaan Harian

Mata Menakjubkan Dan Berseri Bak Berlian Dengan Lacelle™ Diamond Daily.

 

Bak kata pepatah, ‘diamonds are a girl’s best friend’. Kini kamu boleh miliki mata bersinar bak berlian dengan rangkaian Lacelle™ Diamond. Dengan rekaan unik yang menyerupai corak potongan berlian berdiameter 13mm, iris mata kamu akan tampak lebih besar dan menyerlah – tak perlu gunakan trik solekan pun! Bausch + Lomb sentiasa mementingkan kualiti dan hanya menggunakan kaedah teknologi terkini, ini bermakna kamu tak perlu risau tentang tahap keselamatan dan keselesaan produk ini bila memakainya sepanjang hari, memang cukup selesa.

Memandangkan ia kanta lekap pakai buang harian, kamu tak perlu habiskan masa pada aspek penjagaan seperti kanta lekap biasa. Kebersihan juga dijamin kerana setiap hari kamu memakai kanta lekap yang bersih dan disteril.

3 Pilihan Warna Menarik Untukmu:

Aqua Glacier – Kilauan Aqua Glacier membayangkan keseronokan, mudah didekati dan personaliti yang menyegarkan. Siapa yang tidak akan tertarik dengan warna ini?
Champagne Brown – Menyerlahkan wajah serta-merta dengan warna coklat yang mempesona. Sesuai untuk kamu yang mahukan gaya semula jadi.
Pink Rose Mahu mata tampak feminin dengan kilauan gemilang yang tersendiri? Pink Rose adalah simbol klasik bagi kelembutan. Cukup unik!

 

Untuk Serlahkan Pesona

Mata Penuh Glamor Bak Corak Permata Dengan Lacelle™ Jewel.

Menggunakan teknologi terkini, rangkaian Lacelle™ Jewel tampil dengan rekaan unik yang mampu meningkatkan kejelasan penglihatan kanta. Ia memberi keselesaan maksimum kerana kantanya cukup nipis (ketebalan bahagian tengahnya hanya 0.078mm!) dan mempunyai kandungan air sebanyak 38 peratus. Ia juga meminimakan penambahan protein untuk keselesaan dan kebersihan buat matamu.

Rekaan Lacelle™ Jewel yang menggelap dan membesarkan iris akan buat matamu kelihatan lebih besar secara semula jadi, seterusnya lebih jelas dan cerah. Apa rahsia di sebaliknya? Corak permatanya yang unik dan berwarna-warni yang lebih mendalam dan bersinar!

7 Pilihan Warna Menawan Untukmu:

Melanite Black – Memberikan penampilan pemalu kepada si penggoda yang pastinya akan menarik minat. Sederhana tetapi sofistikated!

Topaz Brown – Gemerlapan asli yang menjadikan mata lebih menyerlah. Buat kamu yang mengikut naluri serta mudah didekati.

Crystal Gray – Memberi aura misteri dengan gaya beriluminasi. Terdapat kseimbangan di antara dramatik dan kemeriahan.

Amber Brown – Peramah dan merendah diri yang bersesuaian dengan tahap sofistikasi dan elegan.

Amethyst Violet – Memberikan sinaran mata yang significant melalui rona yang menunjukkan keriangan dan keberanian. Memberikan efek penuh kemewahan buat matamu.

Sapphire Blue – Untuk kamu yang sukakan gaya lebih berani dan tidak gentar dilihat dengan kilauan kristal yang memberikan personaliti ideal. Keyakinan dan ketenangan dipamerkan.

Peridot Green – Hebat untuk semua ton kulit dan memberi sinar mata yang menenangkan.

 

MENANGI! 

28 x Lacelle™ Diamond 30s bernilai RM3,000!

 

Click here if you have issue accessing the promo form above

TERMA & SYARAT:

  • Tarikh tutup penyertaan pada 30 September 2017.
  • Nama-nama pemenang akan diumumkan di laman web Cosmopolitan.
  • Pemenang akan dihubungi melalui e-mel.
  • Hadiah harus diambil dari tempat yang ditentukan dan sebarang permintaan untuk menghantar hadiah melalui pos tidak akan dilayan.
  • Hadiah diterima tidak boleh dipindah milik atau ditukar dengan wang ringgit.

 

Fun, wacky and digital junkie. Kalau kamu suka melancong, I am the best travel buddy you will ever meet. Saya menulis semua topik tetapi hiburan dan muzik ialah forte saya. Tiga benda yang buatkan saya gembira – laut, katil yang empuk dan mashed potato.

Randomness