Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Serlahkan Auramu

Pernah berasa seperti kulitmu tidak memancarkan apa-apa aura? Kusam dan letih? Jom cuba rawatan facial SK-II Aura Brightening Facial.

Kamu mungkin dah baca tentang produk SK-II Genoptics sebelum ini. Rangkaian produk yang mampu buat kulitmu kembali berseri, malah dengan Genoptics Aura Essence, kulit nampak bercahaya serta-merta. Kini kamu boleh lakukan rawatan facial dengan rangkaian ini untuk mengembalikan aura seri wajahmu! Cosmo dah cuba beberapa facial SK-II lain sebelum ini dan semuanya best! Urutannya, sentuhannya dan tentu sekali hasilnya! Yang ini pun tiada kurangnya.

 

Sebelum kamu mulakan rawatan facial, pastikan kamu mendapatkan bacaan kulit dengan Magic Ring. dari situ kamu akan dapat tahu apa masalah utama kulit; adakah kurang lembapan, adakah maslah bintik gelap, atau penuaan, dan berapa usia sebenar kulitmu. jangan lupa cuba Magic Ring lagi selepas rawatan… Baru kamu tahu bezanya.

 

Langkah-Langkah Aura Brightening Facial

  • Urutan pengenalan dengan minyak pati. Ia akan membantu kamu relaks.
  • Solekan dibersihkan dengan SK-II Facial Treatment Cleansing Oil/ SK-II Facial Treatment Cleansing Gel/SK-II Facial Treatment Gentle Cleansing Cream.
  • Diikuti dengan pembersihan menyeluruh dengan SK-II Facial Treatment Gentle Cleanser.
  • SK-II Skin Refining Treatment disapu pada wajah sambil mata ditutup dengan kapas lembap. Ini menyediakan kulit untuk pengewapan.
  • Selepas wap, kala pori-porimu sedang terbuka, light extraction dilakukan untuk mengelurkan jeragat yang menyumbat pori. Sakit sedikit tapi tidaklah sampai menjerit. Bayangkan pori-porimu yang bersih selepas ini.
  • Tone kulit dengan SK-II Whitening Source Clear Lotion.
  • Masa yang ditunggu-tunggu – Urutan wajah, leher dan bahu dengan SK-II Facial Treatment Massage Cream (dicampur dengan SK-II GenOptics Aura Essence dan GenOptics Spot Essence). Kalaulah boleh sampai satu badan…
  • Selepas urutan, lebihan krim dibersihkan dan wajah dipedap dengan SK-II Facial Treatment Essence dan bersedia untuk berpupur.
  • SK-II Whitening Source Derm Revival Mask dilekap pada wajah sambil menggunakan ultrasound untuk merangsang serapan. Dapatlah kamu lelapkan mata dalam 10-15 minit.
  • Dan seperti rutin di rumah SK-II Cellumination Mask In Lotion, SK-II Facial Treatment Essence, SK-II Facial Treatment Oil, SK-II GenOptics Aura dan GenOptics Spot Essences, SK-II Cellumination Deep Surge, SK-II Facial Treatment Essence – Eye dan SK-II Stempower Eye Cream dipakaikan pada wajah untuk kecerahan optimum.
  • Tak lupa SK-II Cellumination Day Surge UV (SPF30 PA+++) dan  SK-II Auractivator CC Cream (jika mahu) sebelum kamu keluar memancarkan aura seri wajahmu di luar sana!

 

Rawatan facial SK-II Aura Brightening Facial ini mengambil masa 80 minit dan berharga RM279 satu sesi. Selepas 80 minit itu, kulit nampak lebih cerah, lebih berseri dan segar! Untuk kesan terbaik, gunakan rangkaian produk pencerahan SK-II di rumah juga!

 

Foto: 123rf.com

Pertama kali berjumpa orang akan ingat saya garang (memang pun!) dan sombong (langsung tak!)… Tapi bila buka mulut, semua ‘hancur’. Beauty is my passion but I keep me natural most of the time. Menyanyi dalam kereta adalah terapi saya. I love music and travelling, jadi sila ajak saya jalan-jalan. Jangan serabutkan otak dengan perkara negatif, belajar untuk ‘let it gooo, let it gooo…’, kamu akan menjadi seorang yang lebih bahagia.

Beauty Guru