"Seorang Lagi Anak Akan Buat Saya Rasa Lebih Lengkap!" - Khloe Kardashian
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
"Seorang Lagi Anak Akan Buat Saya Rasa Lengkap!" - Khloe Kardashian

“Seorang Lagi Anak Akan Buat Saya Rasa Lebih Lengkap!” – Khloe Kardashian

Ketika Kim dan Kourtney dikecam teruk kerana iklan kontroversi Instagram mereka, Khloe pula memberi petunjuk sama ada dia mahukan seorang lagi anak atau tidak.

image

Seorang peminat di Twitter bertanya kepada Khloe sama ada dia terfikir untuk memiliki seorang lagi anak. Khloe tidak memberi jawapan yang jelas, tetapi dia juga tidak menolak soalan tersebut serta-merta.

Respons Khloe, “Goodness I don’t know! I love her so much and I’m so complete because of her! I could only imagine another one would make me feel even more complete but I just don’t know. I guess only time will tell and whatever God wants for me.”

Seperti yang kita tahu, hubungan Khloe dan pasangan, Tristan Thompson pernah duji apabila Tristan didapati curang bersama wanita lain ketika Khloe sarat hamil. Khloe bagaimanapun sanggup  memaafkan perbuatan Tristan demi anak mereka.

Jadi, mereka berdua harus membuat beberapa persiapan dan perbincangan sebelum memutuskan untuk menambah seorang lagi ahli baru dalam keluarga. Jika Khloe mempunyai seorang lagi bayi, pasti comel seperti kakaknya, True!

 

Artikel asal: 

Prev1 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse

Saya seorang yang easy-going and make-up enthusiast. Saya obses dengan bronzer! Jika kamu nampak saya sedang ‘usha’ kamu di tempat awam, jangan risau – I’m just admiring your make-up. Saya juga pencinta haiwan lebih-lebih lagi kucing. Bila tidak menulis, saya suka tonton all my favorite series seperti Sex and The City dan Gossip Girl (duh, of course!).

Celebrity Stalker