Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Senggugut? Amalkan 3 Penawar Ini

Bila pil tahan sakit tidak lagi dapat membantu, cuba taktik ini untuk legakan kekejangan akibat haid.

period pain

1. Letakkan satu peket sayur-sayuran beku di atas perut kamu. Berat peket itu akan menghasilkan tekanan yang mampu melegakan, manakala rasa dingin daripada syur-sayuran tersebut mengurangkan rasa sakit. Lagipun ia tak mudah cair berbanding jika kamu gunakan ais.

2. Lakukan senaman di rumah, pergi ke gim atau cuba berlari. Senaman selama 20 minit atau lebih yang membuatkan degupan jantung dan denyutan nadi kamu meningkat dapat menghasilkan hormon menenangkan yang dipanggil endorfin yang mana ia dapat menghalang rasa sakit ketika haid.

3. Ambil minuman beralkohol atau koktel. Ini untuk kamu yang bukan beragama Islam saja ya. Sebelum pil penahan sakit wujud, wanita sebelum ini menggunakan alkohol untuk melegakan kekejangan memandangkan ia boleh melegakan otot uterus. Kamu tak perlu minum bergelas-gelas, minum setakat yang perlu untuk melegakannya.

 

Foto: Shutterstock.com

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor