Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
best vitamins for body

Senarai Vitamin Yang Baik Dan Tidak Baik Untuk Tubuh

Ketahuai pil yang mana satu OK dan yang mana pula patut dijauhi.

best vitamins for body

Sejak kecil kita diperkenalkan dengan vitamin, jadi tidak hairanlah 30 peratus wanita hari ini mengambil beberapa pil. Sememangnya mengambil makanan tambahan sangat menyihatkan, namun ada kajian menunjukkan lebih banyak makanan tambahan sebenarnya merbahaya dan membazir sahaja. Ada sesetengah pihak tidak bertanggungjawab menjual produk di pasaran tanpa menilai keselamatan dalam kandungan atau limitasi kandungan. Crazy right? Kami di sini langsung bertemu pakar untuk kepastian apakah pengambilan pil itu perlu atau tidak.

Prev1 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse

Senarai Vitamin Yang Baik Untuk Tubuh

Vitamin D

Sangat penting untuk kesihatan tulang, imun, sakit radang juga membuang tekanan. Namun, ada beberapa makanan yang semula jadi ada vitamin D di dalamnya (contoh: fatty fish dan telur kuning). Produk tenusu juga ada vitamin D, namun kamu perlu minum susu enam gelas sehari untuk dapatkan khasiat paling tepat.

Buat pemeriksaan doktor keperluan pengambilan vitamin tubuhmu. “Lebih 50 peratus rakyat Amerika di peringkat suboptimal,” ujar Donald Hens-rud, MD, director Mayo Clinic Healthy Living Pro-gram. Vitamin D dari sinar matahari membawa risiko mendapat barah (dan kedutan), jadi mengambil makanan tambahan adalah langkah bijak—Mulakan dengan 600 IU.

Kalsium

Katakan kamu bukan pengemar makanan tenusu setiap hari, padahal itulah sumber nutrisi (satu cawan susu mengandungi 300 miligram; satu cawan kubis mentah, hanya 55 miligram). Bagi kamu yang bukan penggemar laktosa, sekurang-kurangnya ambil 1,000 miligram makanan tambahan, ujar Kimberly Robien, PhD, pensyarah sekutu di George Washington University: “Pengambilan vitamin D akan membantu tubuh menyerap kalsium lebih cepat.”

Prenatal Vitamin

Jika kamu merancang kehamilan atau sedang hamil, mula mengambil prenatal vitamin ini beberapa hari sebelum mula mencuba. “Asid folik terkandung dalam vitamin prenatal ini membantu menghalang kecacatan akibat spina bifida, sangat penting bagi proses awal kehamilan,” ujar Robien. Sebanyak 60 peratus populasi tidak mampu menyerap asid folik dengan baik, jadi ambil jenama yang mengandungi L–methylfolate.

B12

Menurut Dr. Hensrud, bagi mereka pengamal vegan atau diet kurang mendapat B12 dalam menu mereka. Kamu perlu mengambil makanan tambahan untuk menepati dos 2.4 mikrogram atau menu solid.