Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Senarai Kafe Yang Berbaloi Untuk Kamu Lepak Hujung Minggu

Jika tak tahu nak ke mana hujung minggu ini, jom ikut Cosmo layan makanan kafe yang best. 

Limapulo
No. 50, Jalan Doraisamy, Chow Kit, Kuala Lumpur/ Waktu Operasi: Isnin hingga Sabtu, (12pm – 3 pm, 6pm – 10pm)

Cosmo gelar restoran ini Instagram-worthy interior kerana terdapat poster vintaj, kerusi besi rekaan lama dan mesin taip lama. Jika kamu suka masakan Baba Nyonya, restoran ini paling sesuai untuk kamu cuba semua hidangan Melaka. Lauk udang sambal petai mampu buat kamu jilat jari, apatah lagi kulitnya sudah dibuang. Selain itu, kuah laksanya cukup pekat dan kaya dengan bahan-bahan seperti bebola ikan, kek ikan, telur rebus, ayam dan timun. Pesan ais kacang sebagai penghilang dahaga ya.

Yellow Brick Road

Lot 8-7, Jalan Batai, Damansara Heights, Kuala Lumpur /  Waktu Operasi: Setiap hari, (9am – 5pm)

Mencari spot menarik untuk sarapan pagi? Jom ke Yellow Brick Road. Di sini ada pelbagai menu menarik untuk kamu cuba. Tak salah jika kamu mencuba sarapan pagi dengan Chocoholics Anonymous, waffle bersama aiskrim coklat dihiasi buah-buahan seperti strawberi dan beri hitam. Selain itu, roti bakar dengan pear rebus, keju mascarpone kelapa dan sos karamel buat kamu terasa seperti berada di awangan. Hidangan minuman di sini kebanyakannya terdiri daripada jus segar dan kopi.

Merchant Lane

No. 150, Jalan Petaling, City Centre, Kuala Lumpur / Waktu operasi: Setiap hari, (8.30am – 10pm)

Siapa sangka kafe dengan hiasan dalaman yang cantik ini ada di tengah-tengah kota. Cosmo ke Merchant Lane untuk mencuba hidangan menarik seperti filet salmon dengan telur rebus, kentang hash brown dan salad mangga. Rasanya enak! Selain itu, jika kamu gemar daging, kamu boleh memesan Hongkie Beef Stew yang dimasak ala Cantonese menggunakan resipi rahsia. Merchant Lane juga menyediakan pelbagai jenis teh untuk kamu cuba. Dekorasi di sini cantik dan sesuai untuk kamu bergambar dan upload di akaun Instagram.

Foto:123rf.com

Tubuh saja genit, tapi suara saya satu dewan boleh dengar (macam tertelan speaker!). Seorang yang periang dan suka record diri sendiri memasak, sesuailah dengan column saya – Lifestylist. Lavish holiday is so me. Nampak macam manja tapi can get the job done. Saya kaki karaoke dan orang kata suara saya seperti Ning Baizura. When it comes to navigation, I am the best!

Lifestylist