Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Senarai Kafe Dengan Deko Hebat Dan Makanan Sedap!

Cosmo cadangkan kafe paling hype yang mesti kamu kunjungi. Selepas ini, bolehlah update gambar #foodporn atau #flatlay apabila kamu ke kafe dengan dekorasi A+ ini.

LOKL Coffee

No. 30, Jalan Tun H S Lee, Kuala Lumpur/ Waktu Operasi: Selasa hingga Ahad (8am – 8pm)
Kamu inginkan comfort food dengan Asian twist? LOKL ada pelbagai makanan enak yang mesti kamu cuba antaranya Buttermilk Chicken Chop, Havana Burger dan Hainanese Meatloaf. Pencuci mulut di sini juga sedap seperti crème brulée dan gelato. Dekorasi LOKL sangat ringkas dan classy, buatkan kamu rasa dekat dengan alam kehijauan kerana terdapat rimbunan pohon dalam restoran ini.

The Garage
Jalan Hillview, Taman Sri Ukay, Ampang, Selangor/ Waktu Operasi: Isnin hingga Ahad, (12pm – 12am)

Sebanyak 15 kontena disatukan untuk membentuk sebuah restoran. Unik, kan? Di sini, kamu boleh menikmati hidangan Barat. Cosmo mencuba appetizer seperti Spicy Clamp Vongola Pasta dan creamy mushroom soup, memang sedap kerana tekstur sup cendawannya cukup pekat! Untuk main course, Grilled Lamb Loins dan Gaffe Chicken Chop memang terbaik dengan pilihan gravy sama ada cendawan atau lada hitam. Alang-alang ke sini, jangan lupa mencuba New York cheese cake, setiap suapan buatkan kamu berada di awang-awangan. Untuk minuman, Cosmo memilih Dequeen-A Poppy dan Sloppy Trooper – terus hilang rasa dahaga selepas menghirupnya!

Beam
35, Jalan Gangsa SD 5/3b, Bandar Sri Damansara, Selangor/ Waktu Operasi: Setiap hari, (11am – 8pm)

Jika kamu pencinta kopi, kamu ‘wajib’ ke sini kerana team Beam terdiri daripada pakar barista yang telah berkecimpung sejak era 70-an. Pencuci mulut di sini kebanyakannya terdiri daripada pelbagai rangkaian kuih tradisional dan Baba Nyonya. Untuk heavy meals, Beam menyediakan menu Barat seperti pasta, sandwic dan waffle. Cosmo juga turut mencuba kopi Cherry Red Natural Yirgacheffe, memang ‘kaw’.

Foto: 123rf.com

Tubuh saja genit, tapi suara saya satu dewan boleh dengar (macam tertelan speaker!). Seorang yang periang dan suka record diri sendiri memasak, sesuailah dengan column saya – Lifestylist. Lavish holiday is so me. Nampak macam manja tapi can get the job done. Saya kaki karaoke dan orang kata suara saya seperti Ning Baizura. When it comes to navigation, I am the best!

Lifestylist