Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Senaman Mudah Ketika Bercuti

Sebanyak 86 peratus wanita mengaku tinggalkan tabiat bersenam bila pergi bercuti. Jika tempat menginap kamu ada kolam renang, cuba senaman Swimfit ini. Kamu hanya perlukan goggle dan pelampung.

 

45032574_m

 

Panaskan Badan

Berenang empat pusingan tanpa berhenti, ikut stroke yang kamu sukai.
Cabar Dirimu: Naikkan sehingga enam pusingan, kira setiap stroke yang kamu ambil bagi setiap pusingan dan kurangkannya untuk pusingan seterusnya.

 

Mantapkan Teknik Renang

Berenang empat pusingan menggunakan gaya bebas atau kuak dada, rehat sebentar pada setiap pusingan sehingga nafas kembali normal. Cabar Dirimu: Kurangkan waktu rehat sehingga 30 saat selepas dua pusingan – kemudian 15 saat selepas setiap dua pusingan.

 

Swim Down

Berenang dua pusingan tanpa rehat di antaranya.
Cabar Dirimu: Gunakan teknik renangan kedua atau ketiga mengikut pilihanmu.

 

Set Utama

Sambil memegang pelampung di depanmu, berenang dua pusingan menggunakan teknik pilihan. Berehat 15 saat selepas setiap pusingan. Cabar Dirimu: Pegang pelampung antara dua kakimu, dan ‘tariknya’ sehingga dua pusingan. Berehat 15 saat bagi setiap pusingan, kemudian gilirkan dengan teknik pertama – rehat 15 saat antara setiap pusingan. Mudah, kan? Cubalah!

 

Foto: 123rf.com

 

 

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor