Selidik Benjolan Di 'Miss V' - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Selidik Benjolan Di ‘Miss V’

Apa nak buat kalau ada ketulan di bawah sana?

25408632_m

JIKA IA… Menyakitkan, merah seperti jerawat dan muncul selepas bercukur atau waxing: Berlaku bila sehelai rambut ‘mengerinting’ ke dalam, menyebabkan rasa sakit berhari-hari.

Kemungkinan: Bulu baru.

Cara rawat: Letak tuala hangat pada benjolan selama 10 minit beberapa kali sehari, dan bulu tersebut akan keluar seeloknya.

 

JIKA IA… Keras dan seperti warna kulit.

Kemungkinan: Lebihan kulit – tak berbahaya (dan tak sakit) boleh berlaku di mana-mana bahagian tubuh termasuk kemaluan.

Cara rawat: Biar saja. Jika mahu, minta pakar sakit puan buangkannya.

 

JIKA IA… Luka sangat pedih pada mulut bahagian intim atau di bahagian dalam.

Kemungkinan: Genital herpes, jangkitan STD melalui sentuhan kulit.

Cara rawat: Jangan sentuh, ia mudah berjangkit! Dapatkan segera ubat antikuman daripada pakar.

 

Foto: 123rf.com

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor