Selfie Beri Kesan Positif Terhadap Kesihatan Mental?
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
selfie

Selfie Beri Kesan Positif Terhadap Kesihatan Mental?

Mungkin ia menjengkelkan sesetengah orang, tapi ia ada kebaikan untuk kesihatan mental kamu!

selfie

Walaupun generasi baby boomer terlalu cepat mengambil mood dan bertukar kepada selfie mode, Cosmo ada berita yang akan membuatkan kita semua terdiam. Kajian saintifik baru-baru ini mendedahkan selfie sebenarnya mempunyai kesan positif ke atas kesihatan mental untuk jangka masa panjang.

Pakar psikologi di Universiti California, Amerika Syarikat mengkaji 41 pelajar majoritinya perempuan (28 berbanding 13 lelaki) dan melihat pelejar-pelajar ini menceritakan tentang rutin harian biasa mereka, termasuk belajar dan sesi kuliah selama empat minggu.

 

kim kardashian

Foto: Instagram/Kim Kardashian

Pada mulanya, para peserta dikehendaki mencatatkan perasaan mereka tiga kali setiap hari menurut masa atau kejadian spesifik yang memberi kesan pada mood ini, tapi dalam tempoh tiga minggu kemudian mereka diminta untuk turut mengambil gambar.

Peserta dipecahkan kepada tiga kumpulan secara rawak, dengan satu pertiga daripadanya diarahkan untuk selfie sambil senyum, kumpulan lain mengambil gambar objek atau tempat yang membuatkan mereka rasa bahagia, dan kumpulan terakhir mengambil gambar sesuatu yang membuat orang lain bahagia sebelum menghantarnya kepada orang itu.

Dan apa yang mereka temui? Kumpulan yang mengambil selfie ternyata menjadi lebih yakin pada diri sendiri dan lebih bahagia dalam jangka masa panjang.

Jadi itulah faktanya. Cosmo akan mula berselfie dengan kerap selepas ini kerana ia baik untuk kita.

 

Foto: INGimage/Artikel asal: Catriona Harvey-Jenner

A woman who always smiles. And can be very scary if you drive her mad. Selalu percaya kepada prinsip, Execution Is King. Sedang obses ‘bikin’ badan sebab tiada yang lebih menggembirakan setiap wanita bila mereka tampil sihat dan ONS. Lepas dah cantik, inilah masanya ‘tayang’ dengan menggembara. Mahu terbang sebanyak negara yang mungkin kerana… life is an adventure! I agree to live life like there’s no tomorrow.

Editor