Selepas Putus Dengan Ariana, Pete Davidson Berpacaran Dengan Kate Beckinsale?
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Pete Davidson Dan Kate Beckinsale Jalin Hubungan?

Selepas Putus Dengan Ariana, Pete Davidson Berpacaran Dengan Kate Beckinsale?

Diharap kalian semua bersedia dengan berita ini, nampak gayanya Pete Davidson seperti sudah move on daripada Ariana Grande!

Image result for pete davidson

Ahad lalu, Pete menghadiri after-party Golden Globes bersama Machine Gun Kelly dan ada sumber melihat dia pulang daripada parti tersebut bersama Kate Beckinsale, berdasarkan sumber daripada Page Six.

“They were flirting all night and sipping champagne,” seseorang di parti itu memberitahu Page Six. “They were outside on the patio and left together.”

Mungkin ini adalah perkara yang paling random pernah berlaku di kalangan selebriti. Untuk berlaku adil, sumber tersebut hanya melhat mereka keluar dari tempat tersebut bersama. Mungkin mereka hanya ingin membeli makanan di McDonalds atau pun aiskrim selepas hari yang panjang itu. Kita tak tahu. Tapi kalau betullah mereka berdua ingin bersama, Cosmo rasa tak ada masalah pun kerana kedua-duanya single!

Disebabkan Pete telah deactivate Instagram-nya, bukti yang kita dapat lihat dia menghadiri parti tersebut adalah menerusi Instagram Machine Gun Kelly saja.

Artikel asal: Emma Baty (Cosmopolitan.com)

Prev1 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse

Image result for pete davidson

Saya seorang yang easy-going and make-up enthusiast. Saya obses dengan bronzer! Jika kamu nampak saya sedang ‘usha’ kamu di tempat awam, jangan risau – I’m just admiring your make-up. Saya juga pencinta haiwan lebih-lebih lagi kucing. Bila tidak menulis, saya suka tonton all my favorite series seperti Sex and The City dan Gossip Girl (duh, of course!).

Celebrity Stalker