Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Selepas 8 Tahun Berkahwin, Fergie Dan Josh Duhamel Berpisah

Prev1 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse

Selepas lapan tahun menjalani kehidupan sebagai suami dan isteri, Fergie dan Josh Duhamel mengambil keputusan untuk bercerai. 

Pada tarikh 14 september, pasangan selebriti ini yang mempunyai seorang anak lelaki, Axl berumur 4 tahun, mengambil keputusan untuk memberitahu semua tentang perpisahan mereka. “Dengan rasa cinta dan hormat kami berdua mengambil keputusan untuk berpisah awal tahun ini,” kata Fergie ke E! News. “Untuk beri keluarga kami peluang menyesuaikan keadaan, kami mengambil keputusan untuk menyimpan dulu perkara ini sebelum berkongsi kepada semua mengenainya. Kami akan selalu menyokong antara satu sama lain sebagai satu keluarga seperti sebelum ini. ”

Saya seorang yang easy-going and make-up enthusiast. Saya obses dengan bronzer! Jika kamu nampak saya sedang ‘usha’ kamu di tempat awam, jangan risau – I’m just admiring your make-up. Saya juga pencinta haiwan lebih-lebih lagi kucing. Bila tidak menulis, saya suka tonton all my favorite series seperti Sex and The City dan Gossip Girl (duh, of course!).

Celebrity Stalker