Selena Gomez Terima Buah Pinggang Daripada Sahabat Baik Sendiri
Selena Gomez menerusi Instagramnya memberitahu yang dia baru sahaja menerima buah pinggang baru selepas salah satu daripadanya gagal berfungsi!
Penyakit lupus yang dihidapi Selena sejak tahun 2015 menyebabkan dia menderita kegagalan buah pinggang untuk berfungsi. Penyakit lupus itu juga memberi impak yang besar dalam hidup Selena kerana dia turut menerima kesan sampingan seperti serangan panik secara tiba-tiba, keresahan berpanjangan dan tekanan perasan akibat menahan kesakitan.
Lupus adalah penyakit yang melemahkan sistem imunisasi yang menyerang otot tisu dan beberapa organ lain termasuk buah pinggang. Setiap manusia memerlukan sekurang-kurangnya satu buah pinggang yang berfungsi dan Selena memerlukannya untuk kembali sembuh.
“Lupus selalunya hanya dihidapi oleh individu muda dan pemindahan buah pinggang juga perlu diderma oleh orang muda. Selepas pembedahan dilakukan, penyakit lupus akan sembuh. Simptom lupus termasuk air kencing berbuih, berat badan bertambah secara mendadak, darah tinggi dan bengkak dikaki serta mata”, jelas doktor yang merawat Selena.
Menerusi Instagram Selena, dia meluahkan rasa gembira dan terharu selepas rakan baiknya yang juga seorang pelakon TV, Francia Raisa sanggup mendermakan sebelah buah pinggangnya kepada Selena.
A post shared by Selena Gomez (@selenagomez) on
Sementara itu, Francia pula berkata yang dia bersyukur segalanya selamat. “I am beyond grateful that God would trust me with something that not only saved a life, but changed mine in the process. This was part of our story, and we will share it soon, but what is important now is that this is not the only story“.
Curly Jow
Fun, wacky and digital junkie. Kalau kamu suka melancong, I am the best travel buddy you will ever meet. Saya menulis semua topik tetapi hiburan dan muzik ialah forte saya. Tiga benda yang buatkan saya gembira – laut, katil yang empuk dan mashed potato.