Selena Gomez Selesai Jalani Rawatan Kesihatan Mental
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Selena Gomez Selesai Jalani Rawatan Kesihatan Mental

Selepas mengalami ‘gangguan emosi’ pada Oktober lalu, Selena Gomez telah keluar dari pusat rawatan kesihatan mental dan kini dia dilihat sedang seronok bercuti bermain ski bersama kawan-kawannya.

Teman rapat Selena, Connar Franklin dan Bailee Madison memuat naik gambar percutian mereka dan satu sumbner memberitahu People, “She’s feeling much better and looking forward to getting back to normalcy. She’s spending time with friends and family.”

Akibat emosi yang tak stabil, Selena telah bersetuju untuk mengikuti program kesihatan mental. Selena dimasukkan ke pusat rawatan tersebut kerana ditahan di hospital akibat komplikasi pemindahan buah pinggangnya. Ketika rawatan hospitalnya yang kedua, dia dilaporkan mengalami serangan panik. Dia dilaporkan “despondent and emotional over an alarmingly low white blood cell count in the wake of her kidney transplant,” sumber tersebut memberitahu TMZ.

“She has had a tough few weeks and the panic attack in the hospital was the tipping point,” satu sumber memberitahu People.

Selena dilaporkan menjalani rawatanDBT (dialectical behavior therapy), rawatan yang selalu digunakan untuk pelbagai masalah mental, yang bertempat di psychiatric facillity di  East Coast. Tiada gambar Selena tersebar sepanjang dia menjalani rawatan di sana.

Foto terbaru Selena yang berjaya dirakam oleh paparazzi menyaksikan dia hiking bersama teman baiknya dan kelihatan sangat fresh dan sihat! Malah bermain ski bersama teman baiknya di satu lokasi percutian rahsia.

Artikel asal: Emma Baty (Cosmopolitan.com)

Prev1 of 4
Use your ← → (arrow) keys to browse

Saya seorang yang easy-going and make-up enthusiast. Saya obses dengan bronzer! Jika kamu nampak saya sedang ‘usha’ kamu di tempat awam, jangan risau – I’m just admiring your make-up. Saya juga pencinta haiwan lebih-lebih lagi kucing. Bila tidak menulis, saya suka tonton all my favorite series seperti Sex and The City dan Gossip Girl (duh, of course!).

Celebrity Stalker