
Selena Gomez Jalani Rawatan Kesihatan Mental Sekali Lagi
TMZ melaporkan Selena Gomez telah mendaftarkan diri ke pusat kesihatan mental setelah dimasukkan ke hospital sebanyak dua kali dalam masa dua minggu. Kemasukan kedua kali itu dikatakan sebagai “emotional breakdown.”
Selena dibenarkan pulang ke rumah setelah ditahan beberapa hari, tetapi telah “dimasukkan semula minggu lepas kerana kiraan sel darah rendah berterusan, dan itu menyebabkan emosi Selena sangat terganggu.”
Berdasarkan laporan daripada TMZ, Selena mendapatkan rawatan daripada pihak hospital pada hujung bulan September. Selena dikatakan mengalami gangguan emosi kerana kadar sel darah putih yang rendah susulan daripada pemindahan buah pinggang yang lalu. Oleh sebab itu ahli keluarga Selena membawanya ke hospital di Los Angeles.
TMZ juga melaporkan bahawa Selena ingin keluar daripada hospital tersebut, dan mengalami “emotional breakdown” apabila tidak dibenarkan untuk berbuat sedemikian. Kini, dia dikatakan berada di pusat psikiatri di East Coast, dan menerima rawatan DBT (Dialectical Behavior Therapy), satu rawatan yang digunakan untuk pelbagai keadaan kesihatan mental.
Artikel asal: Mehera Bonner (Cosmopolitan.com)